
Pelakon Emelda Rosmila meluahkan rasa sedih atas pemergian rakan seindustri Allahyarham Jalil Hamid sambil berkongsi kenangan peribadi sepanjang mengenali arwah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Masak Pindang Otak Lembu Untuk Arwah Jalil Hamid, Itu Antara Kegemarannya’ – Tarmimi Siregar
Artikel Berkaitan: Jenazah Jalil Hamid Selamat Dikebumi
Seorang yang merendah diri

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories (IGS), pemilik nama Emilda Rosmila Abdul Hamid, 47, menyifatkan arwah Jalil sebagai seorang pelakon legenda yang sangat baik dan merendah diri.
Tambahnya lagi, dia amat tersentuh mengenang sikap permata seni itu yang berkali-kali memohon maaf apabila terlupa dialog ketika menjalani penggambaran.
Al-Fatihah buat Jalil Hamid.
Lama saya kenal dia.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sedih bila ingat dia mintak maaf pada saya, bila tengah lupa dialog dia.
Saya pun pujuk dia pulak, ‘Jangan macam itu abang, no problem, jangan rasa bersalah sebab saya mudah sahaja untuk menangis lagi babak-babak tertentu’.
Ulang-ulang dia minta maaf.
Ya Allah jarang tau pelakon lagenda buat macam itu pada pelakon junior.
Seorang yang baik hati

Dalam masa sama, aktres drama ‘Cucu Betong’ itu menyifatkan Allahyarham bukan sahaja seorang yang kelakar, malah sangat baik hati.
Abang Jalil memang seorang yang kelakar dan baik.
Tak sempat nak tengok drama kita bersama.
Dia ada cakap pada saya, ‘Tak tahu bila kita dapat jumpa lagi ya’
Syurga tempat abang, InsyaAllah.
Sumber: Instagram








