berita

Eminem Menang Besar Di MTV EMA 2013

November 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

eminem

Malam semalam telah berlangsungnya MTV Europe Music Awards (MTV EMA) yang diadakan secara langsung dari Ziggo Dome, Amsterdam.

Untuk pengetahuan anda yang terlepas menonton tayangannya, MTV EMA berjaya menghiburkan ribuan penonton dengan persembahan hebat oleh Redfoo dari LMFAO, Katy Perry, Miley Cyrus, Bruno Mars dan ramai lagi.

MTV EMA pada tahun ini juga menyaksikan barisan penghibur berbakat dari seluruh dunia yang berjaya memenangi beberapa anugerah dicalonkan.

Namun kejayaan terbesar pada malam itu pastinya milik Eminem yang berjaya merangkul anugerah Global Icon dan Best Hip-Hop daripada tiga kategori berbeza.

Selain daripada itu, Miley Cyrus yang terkenal dengan jolokan ratu kontoversi buat masa ini berjaya memenangi anugerah EMA buat pertama kali menerusi kategori Best Video untuk lagu Wrecking Ball.

miley

Manakala penyanyi kesayangan Malaysia, Hafiz Suip yang turut tercalon dalam kategori Best Southeast Asia Act tidak berjaya memenangi anugerah tersebut.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sediakan senarai pemenang yang berjaya membawa pulang trofi MTV EMA 2013 semalam.

Best Song – Bruno Mars (Locked Out Of Heaven)

Best Video – Miley Cyrus (Wrecking Ball)

Best New – Macklemore & Ryan Lewis

Best Female – Katy Perry

Best Male – Justin Bieber

Best Pop – One Direction

Best Live – Beyoncé

Best Hip Hop – Eminem

Best Rock – Green Day

Best Electronic – Avicii

Best Alternative – Thirty Seconds To Mars

Best Look – Harry Styles

Biggest Fans – Tokio Hotel

Best World Stage – Linkin Park – Mexico 2012

Best Push – Austin Mahone – April 2013

Best Worldwide Act – Chris Lee (Mainland China/Hong Kong/Southeast Asia/Taiwan)

Global Icon – Eminem

SKIP THIS AD ×