berita

‘Emir Sayang Papa, Tak Terkata’ – Mira Filzah Peluk, Tenangkan Suami Sedih Kenang Pemergian Bapa

May 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kehilangan insan yang tersayang buat selama-lamanya amat pedih dan amat sukar untuk digambarkan. Rindu yang tiada penghujung.

Rindu arwah bapa

Menerusi posting yang dimuat naik oleh suami Mira Filzah, Emir berkongsi gambar allahyarham bapanya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang telah meninggal dunia dalam tragedi helikopter terhempas pada lima tahun lalu.

Emir meluahkan rasa rindu dan berasa sedih kerana semalam merupakan tarikh yang sentiasa diingati olehnya genap lima tahun arwah bapanya meninggalkan mereka sekeluarga pada 5 Mei 2016.

Dia juga mengakui tersentuh apabila melihat gambar sewaktu dirinya kecil ketika baru sahaja bangun dari tidur itu sama seperti gaya arwah.

Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui.

Isteri pujuk jangan sedih

Di dalam kesedihan itu, Anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkenaan turut memberitahu kepada isterinya bahawa arwah bapanya merupakan seorang yang penyayang.

Tidak sanggup melihat suaminya terus bersedih, Mira Filzah terus mendakap dan sambil memujuknya agar tidak terus bersedih mengingat kembali kenangannya bersama arwah bapanya itu.

Sumber : wanemirastar

SKIP THIS AD ×