Pelakon veteran Emma Akma berkongsi kondisi kesihatannya selepas menjalani pembedahan daripada masalah kesihatan yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Abang Hidap Kanser Darah, Nourul Depp Mohon Doa – ‘Hilang Kata-Kata, Punah & Pasrah’

Artikel Berkaitan: Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser

Kondisi lebih baik

Ketika ditemui OhBulan!, Emma atau nama penuhnya Noorakma Yunus, 57, memaklumkan bahawa ini merupakan tahun kelima dirinya sebagai pejuang bebas kanser.

Kata Emma, rawatan susulan masih diteruskan berikutan kanser yang dianggarkan memerlukan tempoh hampir sedekad untuk bebas sepenuhnya.

Ini merupakan tahun kelima saya selepas menjalani pembedahan. Namun, saya masih lagi dalam rawatan susulan kerana kanser ini tidak boleh sembuh serta merta.

Doktor jangkakan 10 tahun untuk sembuh sepenuhnya.

Dalam tempoh itu, saya kena jaga diri terutama dari segi pergerakan dan pemakanan.

Alhamdulillah, keputusan pemeriksaan buat setakat ini sangat baik. Kanser tidak aktif dan harapkan berterusan sampai tahun terakhir.

Emma berkata demikian ketika ditemui di Simposium Seniman yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, pada Khamis.

Rindu berlakon

Berkongsi lebih lanjut, Emma akui rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakonan susulan keadaan kesihatan yang telah mengizinkan.

Menurut Emma, dia berharap terdapat mana-mana produksi yang membuka peluang buatnya agar dapat merawat rindu beraksi di kaca televisyen.

Saya sudah sihat dah boleh berlakon. Nak berada di set penggambaran pun boleh.

Dulu memang tak boleh berdiri lama, kerap baring. Sekarang sudah boleh buat semua.

Ramai yang tak tahu saya boleh berlakon. Saya sangat berharap kalau ada rezeki, tolong panggil saya untuk kembali berlakon.

Saya rindu sangat.

Untuk rekod, Emma disahkan menghidap kanser perut pada tahun 2021 serta ketumbuhan cyst yang boleh mengancam nyawanya jika tidak dirawat segera.