berita

Emma Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami, 2 Bulan Bercinta Terus Merisik.. Sweetnya!

February 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selebriti popular, Emma Maembong hari ini telah selamat disatukan dengan pilihan hati, Muhammad Shazli Azhar. Dalam majlis tertutup yang diadakan di Bukit Damansara itu, Emma sah bergelar isteri kepada juruterbang dengan sekali lafaz.

Menceritakan detik perkenalan kepada Berita Harian, Emma Maeombong tidak menyangka perkenalan singkat mereka membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Tahniah!

Berlaku dengan pantas

Foto: Berita Harian

Kelihatan berseri-seri dalam persalinan serba putih, Emma bersyukur akhirnya segala perancangan beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.

Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah.

Tambah Emma lagi, dia dan suami kali pertama berjumpa pada tahun 2017 di majlis sambutan hari jadi Uqasha Senrose. Pada waktu itu, mereka hanya berbual kosong sebelum suami menghantar mesej di Instagram keesokan harinya.

Berbual pasal kucing

Foto : hLive

Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu. Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri.

Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah.

Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

Kesungguhan dan keberanian suami mahu menjadikannya isteri membuatkan Emma terpikat. Suami mengakui tidak mahu membuang masa dan terus ke fasa serius iaitu berkahwin.

‘Emma rajin, cantik semula jadi’ – suami

Suami, Muhammad Shazli pula menyifatkan Emma sebagai seorang yang rajin bekerja dan cantik secara semula jadi.

Emma ada hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup selain mengutamakan keluarga seperti saya. Dia sangat tegas dalam membuat keputusan. Saya lihat dia ramai kawan, namun, dia memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya.

Katanya lagi, selepas kira-kira dua bulan berkenalan, keluarga suami datang merisik pada 11 Oktober lalu.

Sumber : Berita Harian , hLive

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×