
Hubungan antara pelakon Emma Maembong dan deejay kelab malam, DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat keluar bersama menerusi hantaran yang dikongsikan oleh rakan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Terkilan Bila DJ Kidd Keluarkan Kenyataan Kami Dah Berpisah’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – Hubungan DJ Kidd & Emma Maembong Sudah Berakhir?
Kembali bersama?

Menerusi perkongsian di Threads, rakan mereka yang dikenali sebagai Engku Sulwani memuat naik sekeping foto yang turut memaparkan kelibat Emma dan DJ Kidd.
Pada hantaran tersebut, keempat-empat mereka dilihat mengenakan pakaian berwarna putih dengan kapsyen ringkas yang mencuri perhatian.
Love birds.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang spekulasi bahawa hubungan Emma dan DJ Kidd kembali terjalin selepas mengakui sudah berpisah sebelum ini.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, Dj Kidd dilihat meninggalkan komen berbentuk emoji hati berwarna putih. Selain itu, rata-rata netizen tumpang bahagia melihat hubungan yang kembali terjalin.
Imbas kembali, deejay kelab malam DJ Kidd pernah memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Emma Maembong.
Sumber: Threads @engkusulwani





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)