berita

Empat Bulan Digantung Tak Bertali, Lufya Kesal Suami Tak Hadir Sebutan Kes Cerai

October 16th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Industri hiburan tanah air sebelum ini hangat dengan kontroversi membabitkan perpisahan di antara pelakon Lufya Omar dengan Dr. Che Muhammad Hafiz. Terdahulu, Hafiz mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak terhadap Lufya namun bekas peserta Akademi Fantasia itu berkata dirinya tidak mengetahui mengenai tindakan yang dilakukan suaminya itu.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Lufya meluahkan rasa kesal terhadap suaminya yang dianggap cuba melengahkan masa bagi menyelesaikan kemelut dalam rumah tangga mereka.

Tak datang mahkamah

Lufya menerusi laporan portal itu berkata, Hafiz dikatakan tidak menghadiri sebutan permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Subang Bestari, di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, tidak ada mana-mana pasangan yang mahukan penceraian berlaku dalam perkahwinan mereka namun dirinya sudah tidak sanggup lagi melalui rumah tangga yang penuh toksik.

Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, namun dia seolah-olah mahu melengahkan hal ini.

Siapalah yang berkahwin mahu bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya.

Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini.

Jiwa didera

Lufya juga mendakwa dirinya sudah digantung tidak bertali selama empat bulan oleh suaminya. Malah bukan itu sahaja, Hafiz juga didakwa gagal menjalankan tanggungjawab terhadap dia dan anak perempuan mereka.

Justeru dia merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suamiya itu.

Saya sudah empat bulan lebih digantung tidak bertali… dia (suami) susah dihubungi dan tidak mahu berbincang dengan baik.

Dia juga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan anak kami.

Lufya dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun. Pergolakan rumah tangga mereka berdua mula hangat diperkatakan selepas pelakon itu memuat naik status yang mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Sumber: Harian Metro