berita

Enak & Unik, Burger Kam Heong Pedas McDonald’s Kegemaran Rakyat Beri Kepuasan berganda.

June 24th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Terkenal dengan pelbagai menu burger yang best-best seperti Spicy Chicken McDeluxe, Grill Chicken Burger dan Double Prosperity. Kali ini McDonald bawakan khas untuk korang semua Burger Kam Heong Pedas hasil gabungan rempah ratus unik Malaysia

Ye la, dulu kalau mengidam  nak makan Kam Heong korang kena makan di gerai-gerai tertentu tapi sekarang dekat McDonald’s pun dah ada Kam Heong. Dalam bentuk burger lagi tu. Curlass…

Citarasa 1 Malaysia! Gabungan rempah ratus pelbagai bangsa!

Seperti yang korang sedia maklum, Kam Heong merupakan hidangan bergoreng dengan gabungan bahan tumisan istimewa daripada dapur kita seperti udang kering, daun kari, bawang merah dan serai.

Gabungan bahan-bahan inilah yang menghasilkan aroma menggiurkan dengan rasa unik yang luar biasa. Maka, tak hairanlah menu Kam Heong sangat digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Terimbau pulak kenangan bila lalu tepi kedai makan, tukang masak tengah masak ayam masak Kam Heong, bau dia perghhhh… mengancam! Jadi lapar pulak perut ni.

Letusan rasa penuh kepuasan!

Dipadankan dengan sos rempah aronatik, Burger Kam Heong Pedas McDonald’s memberikan kepuasan rasa bagi setiap suapan. Confirm sebiji burger tak cukup.

Bukan itu sahaja, patty burger ini juga ranggup diluar dan lembut di dalam. Hadir dalam dua jenis pilihan patty iaitu ayam dan ikan, korang boleh la pilih patty apa yang korang suka. Lagi cun kalau korang cuba kedua-duanya sebab dua-dua sedap!

So, why not ajak keluarga dan rakan-rakan untuk nikmati Burger Kam Heong Pedas McDonald’s. Lagipun setiap suapan beri kepuasan berganda, tau. Memang layan kalau makan bersama insan tersayang.

Apa lagi yang korang semua tunggu? Jom dapatkan Burger Kam Heong Pedas McDonald’s hari ini. Bestnya juga, dengan setiap pesanan set Burger Kam Heong pedas, datang dengan minuman Orange McFizz.

Oleh sebab itu Jangan lepaskan peluang untuk rasai keunikan Burger Kam Heong Pedas McDonald’s dengan sos rempah aromatik.

Menu ini hanya didapati untuk waktu terhad bermula 23 Jun di restoran McDonald’s berhampiran korang. Pesan McDelivery atau Pesan dan ambil melalui aplikasi McDonald’s sekarang, senang je kan?

SKIP THIS AD ×