berita

Enam Pelajar Terlibat Kes Buli Ditahan, Menteri Kanan Pendidikan Kata Tak Melibatkan Institusi Seliaan KPM

December 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, tular beberapa klip video pendek yang memaparkan seorang remaja lelaki menjadi mangsa buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.

Artikel berkaitan : Netizen Serang Akaun Youtube Pelajar Buli, Geram Tengok Pernah Upload Video Hafazan

Artikel berkaitan : Rakaman Remaja Lelaki Dibuli Di Asrama Bikin Netizen Geram, Harap Semua Kena Hukuman Setimpal

Pihak polis telah menahan enam suspek yang didakwa terlibat dalam kes buli berkenaan ketika memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Enam pelajar ditahan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, enam suspek berkenaan telah ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan dan masih berada dalam tahanan sehingga kini.

Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini.

Hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada pukul 1.00 hingga 2.00 pagi pada 9 Disember 2021 yang dipercayai melibatkan tujuh suspek remaja berusia 13 tahun dan seorang mangsa.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tidak melibatkan institusi di bawah KPM

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan bahawa kes buli berkenaan tidak melibatkan institusi di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama. Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati kejadian itu tidak melibatkan institusi di bawah KPM.

Kementerian Pendidikan juga komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA.

Susulan daripada kes berkenaan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan serta menyalahi undang-undang di mana-mana premis seliaan MARA.

Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.

Sumber : Harian Metro, Bernama

SKIP THIS AD ×