Foto: Jejak Rekam
Gara-gara berang kerana isteri enggan bangun dari tidur, seorang lelaki tergamak menikam isterinya sehingga maut menggunakan alat pengetip kuku.
Bunuh sebab isteri tak bangun tidur
Foto: Jejak Rekam
Memetik laporan Today Line, mangsa yang dikenali dengan nama Fatmawati ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di bekas tapak pawagam di Indonesia sekitar 3 Februari lalu. Menurut pihak polis, ketika ditemui, badan mangsa dipenuhi dengan kesan luka dan lebam selain terdapat kesan tikaman pada dagu mangsa.
Penemuan mayat Fatmawati akhirnya membawa kepada penahanan suami mangsa yang dipercayai merupakan dalang di sebalik kematian tersebut. Hasil daripada siasatan awal mendapati, malam sebelum kejadian, mangsa dan suaminya (suspek) dikatakan minum minuman keras sehingga mabuk.
Mangsa dan suspek tidur selepas mabuk. Tetapi tidak beberapa lama kemudian suspek terbangun dan cuba mengejutkan isterinya. Malangnya mangsa enggan bangun menyebabkan lelaki itu berang.
Tikam isteri guna alat pengetip kuku
Foto: Today Line
Susulan daripada itu, suspek yang masih berada di bawah pengaruh alkohol mula bertindak agresif dengan memukul mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian menikam dagu mangsa menggunakan alat pengetip kuku.
Selepas menikam mangsa, suspek membuat alat pengetip kuku itu di lokasi kejadian.
Mangsa yang mengalami patah rusuk kanan dan kiri serta mengalami pendarahan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia. Suspek akhirnya telah ditahan oleh pihak polis dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 22 tahun.
Sumber: Jejak Rekam, Today Line