berita

Enggan Basuh Baju Senior, Pelajar Tingkatan 1 Kena Pukul Sampai Patah Pergelangan Tangan

December 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akibat tidak mahu membasuh baju seniornya, seorang pelajar lelaki dipukul sehingga patah pergelangan tangan kanan di asrama sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah.

Dipukul beberapa pelajar senior

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, kejadian berkenaan disedari selepas pelajar tingkatan satu itu mengadu sakit kerana pergelangan tangannya membengkak dan kemudiannya pihak sekolah memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga pelajar terbabit.

Susulan daripada itu, pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan susulan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati pergelangan tangan kanan pelajar terbabit patah akibat hentakan yang kuat.

Berikutan itu, pelajar berkenaan menceritakan kepada ibunya bahawa dia dipukul beberapa pelajar senior ketika berada di asrama.

Bapa mangsa buat laporan polis

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana berasa tidak puas hati dengan perkara yang menimpa anaknya itu.

Polis menjalankan siasatan dan mangsa mendakwa dia diminta membasuh pakaian oleh seorang pelajar senior pada 11 malam.

Namun, mangsa enggan mengikut arahan terbabit dengan memberi alasan yang dia sibuk sebelum pelajar senior terbabit mengetuk kepalanya dan berlaku pergaduhan.

Ujarnya lagi, seramai lapan pelajar turut membelasah mangsa sehingga terjatuh dan tangan kanannya dicederakan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam menyatakan bahawa pihak polis menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk merekod keterangan daripada semua pihak.

Sumber : Harian Metro 

SKIP THIS AD ×