Sebelum ini, ketegangan antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali mendapat liputan ramai di media sosial.
Artikel Berkaitan: Hormat Keputusan Mahkamah, Ali Puteh Bakal Buat Rayuan – ‘Kalau Arwah Mak & Abam Ada Lagi Tak Akan Jadi Seperti Ini’
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300
Selesai cara baik
Ketika ditemui OhBulan!, Ali berlapang dada untuk bersemuka dengan Hidayah sekaligus menyelesaikan segala kemelut yang berlaku sejak Allahyarham Abam meninggal dunia.
Saya bersedia untuk bersemuka dengannya dan menyelesaikan semuanya secara baik.
Namun, pelakon berumur 33 tahun ini enggan sekiranya ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka sebagai bahan untuk tontonan umum.
Sebelum ini satu sebuah stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Tidak perlu dihebahkan atau diviral.
Tak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun.
Tuntutan faraid
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan bersedia untuk membantu Hidayah bagi menyelesaikan tuntutan faraid.
Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat.
Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang la jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei tahun sama, Hidayah memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan Ali dalam akaun Instagram (IG) yang menggelarkan dirinya ‘berhati binatang’.
Setelah dua tahun naik turun mahkamah, mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 pada 18 Februari lalu.
Sumber: Instagram @aliputeh_official