berita

Enggan Layan Karenah ‘Budak-Budak’, Anzalna Akui Tidak Selesa Izzue Bawa Isteri Di Set

March 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

ANZALNA AKU ISTERINYA-5

Kontroversi yang berlaku antara pelakon cantik, Anzalna Nasir dan Izzue Islam terus diperkatakan sehingga kini oleh para peminat.

Isu tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu isteri Izzue yang juga merupakan pembantu peribadinya, Awin Nurin.

Artikel Berkaitan: Kerana Cemburu, Izzue & Anzalna Bermasam Muka?

Anzalna ketika ditemui di sidang media drama Aku Isterinya itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia enggan melayan karenah ‘budak-budak’ dan mengakui wujud perasaan tidak selesa apabila Izzue membawa pasangannya ke set.

ANZALNA AKU ISTERINYA-7Anzalna profesional dalam kerjayanya dan tidak mahu layan karenah ‘budak-budak’

“Di pihak saya memang tiada masalah. Tetapi tidak tahu pula di pihak sana. Saya malas nak layan ‘budak-budak’ dan saya profesional serta tidak mahu masukkan hal peribadi di set.

Yang saya tahu saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan tetap menjaga batasan saya. Saya pun mahu jaga hati teman lelaki. Saya tak kisah dia nak bawak isteri, tapi kadang-kadang rasa tak selesa juga sebab hari-hari ada di set.”

ANZALNA AKU ISTERINYA-6

Anzalna membawa watak perempuan simpanan dalam drama Aku Isterinya

Anzalna juga memberitahu bahawa dia tidak pernah mengambil langkah untuk bersemuka dan berbincang dengan Izzue kerana isu ini bukanlan berpunca daripada pihaknya.

“Sebelum ini saya banyak juga berlakon dengan suami orang. Tetapi ini kali pertama timbul isu sebegini. Saya tidak mahu menafikan tetapi saya tidak mahu komen banyak. Lambat-laun orang akan tahu juga.”

Sementara itu, pengarah drama tersebut, Fairuz Loy mengakui bahawa isu ini sedikit sebanyak ada mengganggu jadual penggambaran. Namun, ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan.

Untuk makluman, drama adaptasi novel Aku Bukan Mistress akan disiarkan bermula pada 31 Mac di slot Akasia ini bakal menampilkan watak Mya (lakonan Anzalna) sebagai perempuan simpanan Mikail (lakonan Izzue).

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×