berita

Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

May 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kontroversi melibatkan status rumah tangga kakak kepada usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Emran masih menjadi tanda tanya, apatah lagi pasangan ini mengambil keputusan untuk mengunci mulut.

Engku Emran, Fiza bercinta?

Masih belum terjawab mengenai status hubungan pasangan selebriti terbabit, kini timbul pula satu lagi khabar angin yang mendakwa Engku Emran sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim.

Desas-desus itu mula timbul selepas tularnya satu video yang memaparkan Engku Emran bersama dua orang remaja yang dikatakan anak kepada Fiza Halim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai respon dan pendapat mereka berhubung perkara terbabit. Malah, ada di antara netizen yang menggelar Engku Emran sebagai ‘Wedding Ring Collector’ dan lelaki yang mempunyai ciri ‘Red Flag’ kerana sering bertukar-tukar pasangan.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa dua remaja berkenaan bukanlah anak Fiza seperti yang didakwa.

Video

@engkuamran_ #engkuemran #fyp #fyp? #foryoupage ? original sound – bigboss


Sumber: Berita Harian, TikTok

SKIP THIS AD ×