berita

Engku Emran Memang Suka Naik Belon Panas

March 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Selepas pernikahan pasangan Engku Emran dan Noor Nabila, viral pula beberapa foto dan video memaparkan Engku Emran telah melamar Noor Nabila ketika menaiki sebuah belon panas.

Artikel berkaitan: Video Romantis Engku Emran Lamar Noor Neelofa Atas Belon Panas, ‘Nikoh Jom’!

Terbaru, menerusi media Indonesia iaitu Surya Citra Televisi melaporkan Engku Emran juga dikatakan pernah melamar Laudya Cynthia Bella ketika menaiki belon panas.

Naik belon panas yang sama?

Menurut laporan media Surya Citra Televisi pada durasi minit ke 3:27 mendakwa Noor Nabila, Engku Emran dan Laudya Cynthia masing-masing mengikuti akaun Instagram rasmi myballoonadventure. Perkara ini telah mencetus persoalan sama ada pelakon wanita Indonesia itu juga pernah menaiki belon panas yang sama?

Laudya Cynthia pernah naik belon panas

Susulan itu, melihat kepada video rakaman yang dimuat naik di YouTube, dipercayai Engku Emran telah membawa Laudya Cynthia bersama anak perempuan Erra Fazira iaitu Aleesya menaiki belon panas tersebut pada tahun 2017.

Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 hingga 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aleesya. Kemudian pada tahun 2017, dia mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella dan membuat keputusan bersama untuk berpisah pada tahun 2020.

Sumber: Gerak Geri Artis, Surya Citra Televisi

SKIP THIS AD ×