Menurut laporan Harian Metro, dua daripada empat orang wanita meninggal dunia apabila mereka tertidur ketika berhenti rehat di dalam kereta. Kejadian itu berlaku di Shell Sama Gagah Lebuhraya PLUS pada 8.30 malam, 16 September 2020.
Difahamkan, empat orang sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah
Lemas semasa tidur
Menurut laporan portal itu lagi, bapa bertindak keluar mencari anaknya selepas bimbang anaknya tidak sampai di rumah pada jam 11 malam. Difahamkan, anak ada menghantar mesej kepada ibu pada jam 9.15 malam.
Sebaik tiba di stesen minyak, dia menemui kereta dalam keadaan enjin dihidupkan. Kesemua mereka didapati tidak sedarkan diri sebelum bapa menghubungi petugas kesihatan.
Enjin dan air-cond berfungsi
Dalam kejadian itu, dua daripada empat sahabat iaitu Ayuni Shazwanie dan Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia dia lokasi kejadian. Manakala, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah masih menerima rawatan kritikal di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Difahamkan, kesemua sahabat itu hanya berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kedah.
Perkembangan terkini
Sementara itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Haikalishk memaklumkan salah seorang daripada kembar sudah berada dalam keadaan stabil. Manakala seorang lagi masih belum sedar.
Sumber: Penang Kini, Harian Metro, scarleton