berita

Enot Hidap Kanser Usus & Tak Dapat Tawaran Berlakon Hampir Setahun

May 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sidang Media Mega Bazaar 2014-34

Rasanya sudah lama juga kita tak dengar perkembangan terbaru pelakon dan pelawak iaitu Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot bukan?

Melihat telatahnya dan lawaknya yang bersahaja, pati tak siapa sangka bahawa Enot  rupa-rupanya menghidapi kanser usus di tahap yang kedua.

Enot ketika ditemui di Sidang Media Mega Bazaar 2014 memberitahu dia sudah menghidap penyakit itu sejak setahun yang lalu dan khabarnya dia kini sedang berubat cara kampung.

Sidang Media Mega Bazaar 2014-33Sidang Media Mega Bazaar 2014

Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. Kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.

Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun belali gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias.

Lebih menyedihkan, Enot sendiri mengakui dia tidak menerima tawaran berlakon semenjak setahun yang lalu dan kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuat.

Rasanya sudah setahun saya tak dapat tawaran berlakon, tapi untuk menampung kehidupan kami sekeluarga, saya buat business cookies online.

Hingga pernah satu ketika saya rasa macam tak nak berniaga. Tapi nasib baik ada anak-anak, saya bangkit juga. Terus terang saya cakap, anak-anaklah sumber kekuatan saya sekarang disaat saya teruji dengan pelbagai dugaan.

Sebelum ini, Enot pernah berkahwin sebanyak dua kali dan hasil perkongsian hidupnya dengan suami pertama, dia dikurniakan dua anak iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina.

Pada anda yang merindui telatah Enot, jenguk-jenguklah ke Mega Bazaar yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Jun di MAEPS Serdang. Apapun, marilah sama-samalah kita mendoakan kesihatan Enot supaya pulih seperi biasa.

SKIP THIS AD ×