berita

Episod Akhir Terlerai Noktah Malam Ini, Penonton Dah Mula Buat Teori – ‘Ke Sebab Dendam?’

September 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Sedar tak sedar hari ini merupakan episod terakhir drama Terlerai Noktah yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam hanya di slot Samarinda TV3. Drama ini mendapat perhatian ramai sejak mula disiarkan pada 26 Ogos 2021.

Adik kandung hilang 20 tahun muncul kembali?

Drama penuh misteri ini dibintangi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Aidil Aziz, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda serta ramai lagi.

Terlerai Noktah ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Zaira dan Dr Rudi yang tidak dikurniakan cahaya mata. Kekosongan yang melanda antara mereka kian meruncing apabila Adik Zaira iaitu Hani yang hilang 20 tahun lalu muncul secara misteri.

Sementara itu, Rania sebagai ketua jururawat yang bekerja di hospital berkenaan cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu, namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi. Rania sebenarnya mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya, Dr Kamil.

Kehadiran Jasmine sebagai jururawat baru yang ditugaskan untuk menjaga Hani telah menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil iaitu suaminya sendiri.

Apakah kesudahan Terlerai Noktah?

Jasmine mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani kerana orang yang telah membunuh suami Hani itu sengaja meletakkan nota yang meminta Hani dihantar ke hospital psikiatri tersebut.

Zaira pula, sering terbawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Apakah penyebab Zaira dan Hani terpisah selama 20 tahun? Apakah rahsia besar yang disembunyikan oleh Rania selama ini? Siapakan Jasmine sebenarnya? Adakah Hani benar-benar gila? Atau mereka telah berpakat kerana peristiwa silam? Jangan lupa saksikan episod Terlerai Noktah di TV3.

SKIP THIS AD ×