Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menarik nafas lega apabila beberapa pihak yang berhutang dengannya telah mula membuat pembayaran sekali gus mengurangkan jumlah keseluruhan hutang yang sebelum ini mencecah RM50,000.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eric Fuzi & Fimie Don Buat Podcast Berendam Dalam Kolam – ‘Dah La Seluar Dalam Aku Satu Je Ni’

Artikel Berkaitan: Eric Fuzi Mengaku Sedang Mengenali Seseorang, Nafi ‘Playboy’ Tukar Teman Wanita Setiap Majlis

Baki hutang berkurang

Ketika ditemui OhBulan!, Eric, 33, berkata individu terbabit berhasil melangsaikan beberapa jumlah dan baki hutang kini dianggarkan sekitar 20 hingga 50 peratus saja.

Alhamdulillah, kebanyakan mereka sudah bayar selepas saya buat keluhan di hantaran media sosial sebelum ini.

Sekarang ini yang berbaki mungkin sekitar 20 hingga 50 peratus sahaja. Ada juga yang masih membuat bayaran sedikit demi sedikit.

Eric berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Last Kopek: Senarioreunion 30 Tahun di Hotel Sunway Putra, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Eric turut mendedahkan masih terdapat beberapa individu yang gagal melunaskan hutangnya sehingga kini.

Tambah Eric, hutang tersebut tidak berpunca daripada isu meminjam wang daripadanya sebaliknya ia melibatkan urusan kerja dan perniagaan.

Ada yang masih berhubung dan bertanggungjawab, itu saya hargai. Tapi tidak dinafikan, masih ada yang menghilang terus dan tidak dapat dihubungi.

Dalam bisnes, kita belajar untuk lebih membaca sikap dan amanah seseorang.

Kadang-kadang kita berkawan lama, tetapi bab tanggungjawab tetap lain pula ceritanya.

Saya tidak mahu bawa perkara ini ke tahap yang lebih serius. Biar mereka selesaikan secara baik. Saya hanya berharap mereka terus bertanggungjawab dalam melunaskan baki hutang tersebut.

Sebelum ini, Eric meluahkan rasa terkilan apabila pihak yang berhutang dengannya didakwa culas untuk menyelesaikan bayaran walaupun kerja yang dijanjikan telah disempurnakan.