
Pengarah dan penerbit, Erma Fatima hanya meminta senaskhah al-Quran yang sudah dikhatamkan oleh bakal menantunya, Haziq sebagai mas kahwin untuk menghalalkan perkahwinan bersama anaknya, Norain Sofea.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Izin Keluar Berduaan Selagi Belum Dihalalkan’ – Erma Fatima Titip Pesan Buat Anak & Bakal Menantu
Al-Quran sebagai mas kahwin

Menerusi perkongsian video di TikTok, Erma berkata dia tidak mengharapkan kemewahan, sebaliknya memilih al-Quran yang telah dibaca sepenuhnya sebagai simbolik permulaan rumah tangga yang diberkati.
Kalau ikut hati saya nak minta sebiji banglo (bergurau). Saya hanya minta senaskhah al-Quran yang sudah habis dibaca oleh Haziq sebagai mas kahwin.
Dalam perkongsian sama, Erma turut meluahkan rasa syukur kerana bakal menerima seorang menantu yang disifatkannya mempunyai akhlak terpuji, berbudi bahasa serta memiliki ilmu agama.
Saya bersyukur bakal mendapat seorang menantu yang berbudi bahasa, baik, berilmu agama. Itu adalah hadiah yang paling besar saya akan dapat.
Saya beruntung kepada Encik Zul dan Puan Ayu (ibu bapa bakal menantu) kerana mendapat anak yang hebat.
Terdahulu, Erma berkongsi khabar gembira apabila anak perempuannya, Norain selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Haziq dalam sebuah majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Sumber: TikTok








