berita

‘Ernie Bagus Dalam Cara Tersendiri, Kalau Ada Anugerah Lain Dia Layak Menang’ – Aina Abdul

March 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi Aina Abdul mengakui rasa penat apabila namanya dibandingkan dengan Ernie Zakri selepas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) berlangsung pada hari Ahad yang lalu.

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Dia Sangat Konsisten Daripada Awal Sehingga Habis’ – Ketua Juri Jelaskan Sebab Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Hasrat Juara Kerana Lagu Itu Lain Daripada Yang Lain, Major Yang Berkualiti’ – Ketua Juri

Cuba bawa aura positif

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aina berkata, dia sedaya upaya membersihkan nama mereka berdua yang sering menjadi topik pertelingkahan peminat.

Sudah tentu saya letih sebab saya cuba wujudkan persekitaran sihat dan menolak ideologi bahawa dua penyanyi wanita perlu bertanding sesama sendiri.

Kita cuba nak bawa aura positif tetapi mulut segelintir netizen suka bercakap bukan-bukan. Saya rasa mereka bukan peminat sebenar.

Di samping itu, pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu‘ menyifatkan kemenangan untuk tiga tahun berturut-turut dalam kategori sama bukan pencapaian yang membuatkan dirinya lebih hebat daripada Ernie.

Peminat boleh marah atau banding-bandingkan kami tetapi dalam pertandingan saya perlu fokus kerana ada tanggungjawab perlu dipikul.

Apabila saya meraih trofi, bukan bermaksud saya lebih baik, sebaliknya Ernie bagus dalam cara tersendiri. Kalau ada anugerah lain, dia layak memenanginya.

Ernie memberikan persembahan terbaik dan sebagai kawan paling rapat dalam industri, saya tahu kepayahan serta semangatnya untuk bertanding walaupun berdepan ujian pada peringkat separuh akhir sebelum ini.

Sekadar info, Aina mendapat tempat ketiga di AJL38 dan dinobatkan sebagai penerima anugerah Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×