Hampir sebulan lebih berteka-teki, penyanyi, Ernie Zakri akhirnya memilih suaminya sendiri iaitu Syamel untuk menjadi penyanyi ganti lagu ‘Boneka’.
Terbaik pilihan Ernie!
Rata-rata netizen menyifatkan pemilihan Ernie untuk penyanyi ganti sangat tepat. Ini kerana, Syamel turut mempunyai vokal yang mantap dan gaya tersendiri ketika menyampaikan lagu tersebut. Menerusi persembahan Syamel sebentar tadi, rata-rata netizen meletakkan harapan agar Syamel berjaya meraih mana-mana anugerah malam ini.
Sweet Syamel sebut nama Ernie sebelum menyanyi.
Kalau menang ni, rezeki Khawla.
Nak tengok balik ulangan, best versi ni. Memang tak salah orang kak Ninie pilih.
Terdahulu, Ernie merahsiakan mengenai penyanyi ganti lagu ‘Boneka’. Menurut Ernie, netizen akan tahu mengenai kejutan tersebut pada malam kemuncak anugerah berprestij itu. Ernie yang sedang menjalani proses berpantang, sempat memuat naik sebuah posting di Instagram dan mendoakan agar urusan Syamel hari ini dipermudahkan.
Doakan perjalanan semua penyanyi dipermudahkan, amin. Berada di AJL sentiasa memberi semangat kepada saya untuk memberi sesuatu kepada penonton, setiap tahun yang saya terlibat. Malam ini, doakan penyanyi #BONEKA dapat memberikan anda sesuatu kelainan, menjadi diri beliau dan bukan siapa siapa. Untuk penyanyi tersebut, thank you for doing this.Let’s enjoy the show tonight, all.
Sumber: TV3