berita

Ernie, Syamel Tergamam Disergah ‘Bermanja’ Di Set, Netizen Saran Pergi Honeymoon Cepat!

April 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setelah sekian lama menyulam cinta, pasangan serasi, Ernie dan Syamel selamat bernikah pada 26 Mac lalu.

Artikel Berkaitan : Doakan Agar Kami Dikurniakan Cahaya Mata Dalam Masa Terdekat – Ernie & Syamel

Artikel Berkaitan : Pasangan Sejoli, Sama Cantik Sama Padan. Sekitar Majlis Resepsi Wedding Ernie Zakri & Syamel

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Terima ‘Hadiah’ Dari Anuar Zain, Ernie Zakri Menitiskan Air Mata Di Hari Bahagia

Walaupun pasangan romantis ini masih dalam fasa pengantin baru, namun mereka dikatakan tidak mengambil cuti untuk pergi honeymoon kerana kedua-duanya sibuk dengan komitmen kerja. Tapi aksi manja pengantin ini di set penggambaran tarik perhatian.

Bila kantoi tengah bercinta kat set ‘be like’…

Video yang memperlihatkan gelagat Ernie dan Syamel sedang bermanja telah dikongsikan oleh Cabeena menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikToknya itu.

Dalam video berkenaan, kelihatan mereka berdua-duaan sedang duduk di atas kerusi panjang lalu Ernie terkejut apabila disergah dan terus menurunkan kakinya. Pasangan yang comel ini tertawa kecil kerana menahan malu apabila gelagat mereka berdua dirakam secara senyap-senyap.

‘Haa bercinta… bercinta kat set’

@aidunnoeBila kantoi tgh bercinta kat set “be like” ?… aku tgk video ni banyak kali, sbb sweet sngt..? Welcome to New York by Taylor Swift – mark

‘Macam kantoi dating kat sekolah dah’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan gelagat mereka berdua comel. Ada juga diantara mereka yang mengatakan Ernie dan Syamel ibarat macam bercinta dekat sekolah serta melihat video tersebut berulang lagi.

Sumber : aidunnoe

SKIP THIS AD ×