
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui tidak sabar untuk melancarkan album terbaharu berjudul ‘Sahabat’ yang menyaksikan kolaborasi antara penyanyi Malaysia dan Indonesia.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Bakal Berehat Selepas Dinasihati Doktor
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Syamel Sepakat Pilih Warna Baju Raya, Sedia Pakaian Lebih Untuk Anak
Album duet
Ernie atau nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, album yang memuatkan lapan lagu yang kesemuanya dirakamkan secara duet itu bakal memenui peminat pada pertengahan tahun ini.
Album ini adalah kolaborasi sahabat dari dua negara. Kalau di Malaysia saya pasti ramai sudah tahu saya akan kolaborasi dengan Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi.
Di Indonesia pula saya akan bekerjasama antaranya dengan Anggi Marito, Rony Parulian, Andi Rianto dan Ade Govinda. Ada beberapa lagi, namun ini masih dalam perancangan.
Semua lagu di dalam album itu saya akan berduet. Setakat ini sudah empat lagu sudah selesai, manakala bagi lagi empat sedang dalam proses untuk disiapkan.
Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Media Prima yang diadakan baru-baru ini.
Lebarkan sayap
Tambah isteri kepada penyanyi, Syamel itu lagi, peluang tersebut sekali gus dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk melebarkan sayap ke negara jiran.
Sebenarnya disebabkan kolaborasi dengan Ade, saya ada jalan dan peluang di sana. Saya fikir kenapa tidak untuk terus buat album berbanding hanya hasilkan lagu duet sahaja.
Saya fikir untuk himpunkan dalam satu album, malah kehadiran saya ke Indonesia boleh kata akan ada hasil. Saya kolaborasi dengan Universal Music Indonesia, album ini nanti akan dilancarkan di Malaysia dan di sana,
Dalam pada itu, pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 itu tidak menolak untuk menjayakan persembahan solo di Indonesia sebagai usaha mengukuhkan nama.
Kalau perancangan di sana sekurang-sekurangnya saya mahu jayakan ‘showcase’ kecil-kecilan. Pada saya, mungkin perlu mencuba juga.
Sebab kalau saya ke sana orang hanya tahu lagu Masing-Masing dan masih belum tahu siapa saya. Saya masih melangkah perlahan-lahan di sana.
Saya tidaklah bila sampai sana orang sudah kenal, saya masih lagi nencuba. Alhamdulillah bila dapat peluang daripada Universal Music Indonesia saya fikir perlu manfaatkannya.