berita

Erra Fazira Hiasi Muka Depan Majalah ENF

December 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wow!!!! Penghias sampul ENF bulan november kali ini orangnya bukan calang-calang artis, malah sangat hebat dipersada seni tanah air. Artis yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan, primadona terkenal Malaysia iaitu Erra Fazira.

Erra tampil memperagakan dress pendek bermotifkan flora dari koleksi resort 2012 Micheal Kors, kalung emas ‘Heart Attack’ dan ‘clutch’ logam Jimmy Choo. Isu kali ini bertemakan cuti, parti dan berbelanja yang pasti memberi inspirasi serta idea kepada para pembaca.

Biarpun telah bertahun merentasi industri seni tanah air, lunak suara dan lakonannya masih di tagih peminat-peminat setia yang sering menunggu perkembangan terbaru tentang dirinya saban hari.

Erra Fazira juga tidak lokek berkongsi cerita tips kecantikan serta berceloteh mengenai dirinya disebalik dunia glamor kepada peminatnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita mengenai Erra Fazira, jangan ketinggalan untuk melayari wuuhuuonline untuk mengetahui cerita selanjutnya serta melihat fesyen-fesyen terkini olahan dan sentuhan seni dari ENF.

×