
Primadona, Erra Fazira, berkongsi satu momen lucu bersama bakal suaminya, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E, ketika mereka masih dalam fasa berkenalan.
Artikel Berkaitan: ‘Sembilu The Reunion Live In Concert’ Bawa Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Kembali Hidupkan Nostalgia Ikonik
Bergayut 6 jam

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkata mereka pernah berborak melalui telefon selama enam jam, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sepanjang hidup.
Saya bukan seorang yang suka berborak dalam telefon, saya tidak suka berbual, lebih selesa jika mesej. Tapi Ezwan suka call. Sepanjang hidup saya selama 50 tahun, pertama kali bercakap dalam telefon sampai enam jam.
Ezwan memang seorang yang kuat berborak. Dia ibarat YB (Yang Berhormat) suka bercakap. Pertama kali ‘bergayut’ lama macam itu.
Saya seorang ‘introvert’, suka duduk sahaja di rumah. Manakala dia suka keluar berjalan, bila keluar tenaga dia banyak.
Erra berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast yang dikendalikan olehnya bersama Ezwan iaitu Podcast Kasi Onz.
Sementara itu, Ezwan yang juga seorang usahawan, dalam nada seloroh berkata enam jam bukanlah satu tempoh yang lama dan menganggap Erra begitu selesa berborak lama dengannya.
Tapi enam jam itu macam tak terasa pun lamanya. Kalau dia (Erra) tak suka saya call, takkan lah sampai enam jam kan.
Saya suka menghidupkan suasana perbualan itu, sedar-sedar dah enam jam. Kalau layan selama enam jam maksudnya dia selesa.
Sebab kami nak berjumpa agak susah, sebab itu banyak berborak di telefon. Erra ini saya lihat dia seorang yang ‘introvert’.
Dalam perkembangan lain, Erra dan Ezwan bakal disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 12 Disember ini.
Sumber: YouTube








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)