Selepas terbuka berkongsi hubungan romantis bersama jejaka bernama Ezwan Zain, penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menjelaskan mereka berdua masih belum mempunyai perbincangan rasmi antara keluarga untuk ke fasa seterusnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Baru Dapat Telefon, Erra Fazira Buat Perjanjian Pantau Penggunaan – ‘Kena Kongsi Kata Laluan & Boleh Diakses’

Artikel Berkaitan: Lapan Tahun Erra Fazira Mengelak Jumpa Awie, Enggan Hati Terus Terluka – ‘Kami Berpisah Cara Yang Tak Elok’

Tiada perbincangan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Fazira Wan Chek, 51, menepis dakwaan segelintir yang mengatakan dirinya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober depan.

Kalau betul saya bakal berkahwin bulan hadapan, sudah tentu saya tidak berada di sini kerana sibuk dengan persiapan.

Tidak adil untuk membuat kenyataan sebegitu sedangkan keluarga saya dan dia (Ezwan) belum tahu apa-apa.

Jika ada yang berkata begitu, saya anggap ia sekadar angan-angan bersama.

Erra berkongsi tentang perkara itu ketika ditemui pada program riadah bersama media yang berlangsung di Sepang pada Isnin.

Malah, ibu tunggal itu juga tidak menafikan khabar angin itu terjadi kerana terdapat pihak yang menyuarakan hasrat untuk menjadi penaja rasmi majlis perkahwinannya.

Memang ada pihak yang mahu menaja dan saya hargai niat mereka.

Namun, perbincangan lanjut hanya akan dibuat selepas saya benar-benar bersedia, ada tarikh rasmi dan mendapat restu keluarga.

Kata pelakon filem Sembilu itu, meskipun perkara itu mendapat perhatian ramai namun dia tidak pernah merasakan ia satu tekanan buat dirinya.

Ini bukan perkara baharu buat kami. Kami tidak lagi berada dalam fasa mahu heboh-heboh.

Kalau boleh, saya mahu semuanya berjalan dengan matang. Orang sudah tahu kami berkawan. Jadi, cukup sekadar beri restu, doakan dan teruskan perjalanan. Saya mahu perkara ini jadi mudah.

Sebelum ini, Erra mengesahkan bahawa beliau kini berada dalam fasa mengenali hati budi Ezwan, yang juga dikenali sebagai ‘Mr. E’.

Difahamkan, kedua-dua keluarga sudah saling bertemu beberapa kali dalam suasana kekeluargaan.

Sementara itu, Ezwan turut pernah memberi bayangan bahawa dia serius dalam hubungan tersebut dan tidak menolak kemungkinan membawa ikatan itu ke arah perkahwinan apabila tiba masa yang sesuai.