berita

Etnik Rohingya Jalani Pemeriksaan Di Pasar Borong Selayang Positif Covid-19

April 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ujian saringan Covid-19 buat warga asing turut dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Mercy Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Beberapa etnik Rohingya di Pasar Borong Selayang yang menjalani ujian itu didapati positif Covid-19.

Kita masih kumpul jumlah kes

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak berkuasa kini masih dalam proses untuk mengumpulkan sekumpulan besar warga asing terutamanya etnik Rohingya untuk menjalani ujian itu.

Kita tidak tahu berapa jumlah sebenar dalam kalangan pekerja warga asing yang positif setakat ini kerana saringan masih berjalan, kita masih kumpul jumlah kes.

Akan mengesan mereka

Tambah Datuk Dr Noor Hisham lagi, dia juga berharap agar dipermudahkan dengan bantuan daripada badan NGO. Kementerian bagaimanapun akan mengambil langkah proaktif dalam menjalankan ujian terhadap individu yang disyaki berisiko tinggi.

Kita terpaksa meminta bantuan NGO yang lain untuk membantu mengesan mereka bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Kita akan lakukan saringan dengan kumpulan yang berisiko tinggi iaitu kontak rapat berkaitan indeks kes.

Rawatan percuma akan diberikan

Sementara itu, pihak berkuasa juga sedang menjejaki 2,000 orang etnik Rohingya yang menyertai Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac. Ada segelintir yang memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Satu perkara yang paling penting dan perlu dilakukan sekarang ialah kerajaan perlu memberi jaminan supaya pelarian ini tidak perlu bimbang mereka akan ditangkap dan ditahan.

Malah mereka yang positif virus berkenaan akan diberikan rawatan secara percuma dan tidak ditahan di hospital.

Status mereka sebagai pelarian dari Myanmar mungkin menyebabkan warga asing ini sukar memberi kerjasama. Tambahan, mereka tidak memiliki dokumen yang sah.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×