
Kadang-kadang kita rasa kulit dah cukup glowing dan sihat. Tapi bila tengok cermin betul-betul, tiba-tiba ternampak tompok gelap yang muncul tanpa amaran.
Kalau korang pernah alami situasi macam ni, jangan risau. Ini sebenarnya petanda awal hiperpigmentasi, satu masalah kulit yang lebih serius dari apa yang kita sangka.
Apa yang ramai tak tahu, bintik hitam boleh terbentuk dari dalam lapisan kulit sebelum ia naik ke permukaan. Itu sebabnya penting untuk bertindak dari awal supaya kita boleh cegah sebelum terlambat.
Rahsianya ada dalam Thiamidol, bahan hebat dalam Eucerin Spotless Brightening
Kalau korang masih belum kenal Thiamidol, inilah masanya. Thiamidol ialah bahan aktif eksklusif dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening yang telah terbukti secara klinikal sebagai solusi nombor satu untuk masalah bintik hitam.
Bukan setakat merawat, Thiamidol juga bertindak untuk mencegah tompok gelap yang tersembunyi sebelum ia muncul.
Ia membantu mengurangkan bintik hitam yang sudah kelihatan, mencegah pembentukan bintik baru dari akar masalah dan dalam masa yang sama membantu menjadikan tona kulit lebih cerah serta sekata. Dengan penggunaan konsisten, kulit bukan saja nampak lebih berseri tetapi juga lebih sihat dari dalam.

Kenapa penting rawat ‘bintik tersembunyi’?
Kadang-kadang kulit nampak elok, tapi lepas beberapa minggu tiba-tiba keluar tompok gelap. Inilah yang dimaksudkan dengan hidden dark spots , ia berkembang dari bawah permukaan kulit.
Dengan penggunaan Thiamidol dari peringkat awal, kita boleh mencegah masalah ini sebelum ia muncul. Antara produk pilihan dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening termasuklah Booster Serum yang memberikan rawatan intensif dengan tekstur ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.
Ia membantu memudarkan bintik hitam secara efektif dan menjadikan tona kulit lebih sekata serta cerah. Untuk mengelakkan bintik hitam baharu muncul akibat sinaran UV, penting untuk memakai pelindung matahari setiap hari.
Eucerin memperkenalkan Spotless Brightening Sun Serum SPF50, pelindung matahari dengan perlindungan UVA/UVB yang tinggi dan tekstur ultra ringan. Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada matahari, tetapi juga membantu mencerahkan kulit serta mencegah pembentukan tompok gelap baru.
Nak tahu keadaan sebenar kulit korang? Jom dapatkan analisis kulit secara percuma di Guardian & Eucerin Concourse Event dari 23 hingga 29 Jun 2025 di Blue Atrium LG2 Sunway Pyramid Mall. Di sini, korang boleh periksa hidden dark spots dan kenal pasti rutin penjagaan kulit yang paling sesuai untuk korang.
Jom jumpa Siti Saleha dan Kamal Adli di acara istimewa Eucerin

Nak tahu lagi best? Dua selebriti popular iaitu Siti Saleha dan Kamal Adli bakal turun padang sempena acara eksklusif Eucerin yang akan berlangsung pada 27 Jun 2025 ini.
Mereka akan berkongsi pengalaman peribadi menggunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang telah membantu mereka mendapatkan kulit lebih cerah dan bebas cela.
Bukan itu saja, pengunjung juga berpeluang menyertai sesi analisis kulit secara percuma serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar dermatologi sendiri.
Siapa cepat dia dapat, sebab hanya 30 pembeli pertama akan diberi peluang untuk bergambar dengan Siti Saleha dan Kamal Adli.
Lokasi: Blue Atrium LG2 Sunway Pyramid Mall
Tarikh: Jumaat, 27 Jun 2025
Masa: 3 petang hingga 5 petang
Pastikan ‘lock’ tarikh ini untuk berjumpa selebriti kesukaan korang dan juga menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Untuk maklumat lanjut boleh ke media sosial Eucerin.








