berita

Evolusi Gaya Alicia Keys

August 17th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Alicia Augello Cook atau lebih dikenali dengan jolokan nama Alicia Keys, telah mula menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2001 dengan membawa muzik genre R&B. Sepanjang menceburi bidang seni suara, terdapat pelbagai evolusi gaya yang telah ditampilkan oleh penyanyi wanita ini.

Berikut merupakan beberapa evolusi gaya yang pernah diketengahkan oleh Alicia Keys dan untuk melihat foto berikutnya, anda boleh layari website Huff Post style.

Busana ini telah digayakan sewaktu menghadiri acara makan malam tahunan Rock and Roll Hall Of Fame ke-19 di Hotel Waldorf Astoria, pada 15 Mac 2004. Bahagian dada yang sedikit terdedah membuatkan penampilan Alicia Keys kelihatan seksi dan memukau.

Kot kulit rona coklat ini kelihatan sungguh klasik dengan padanan corak hitam di bahagian hadapan busana. Padanan tali pinggang sebagai aksesori tambahan turut menonjolkan lagi aura pesona selebriti ini. Padanan kasut tinggi rona emas melengkapkan lagi penampilan Alicia Keys.

Busana ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Pemilihan fabrik lace rona hijau dan padanan satin coklat mengikut tona kulit, menonjolkan lagi keindahan busana. Gaya ini telah digayakan oleh Alicia Keys sewaktu menghadiri majlis pengenalan Songwriters Hall Of Fame di Hotel Marriot Marquis pada 9 Jun 2005.

Gaun rona hitam ini kelihatan sungguh elegan. Bahagian atasnya yang direka sedikit terdedah dan berenda menonjolkan lagi aura seksi selebriti cantik ini. Gaya ini telah digayakan sewaktu menghadiri majlis Annual Grammy Awards ke 48, pada 8 Februari 2006 di Los Angelas.

Gaun rona merah terang ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Perincian jemeki sarat di bahagian leher menyerlahkan lagi elemen mewah dalam penampilan Alicia Keys. Gaya rambut yang disanggul tinggi menyerlahkan lagi kejelitaan si gadis.

Gaun  ini sungguh stail dan menarik. Pemilihan rona biru elektrik dengan padanan perincian jemeki di bahagian dada mampu menyuntik eleman anggun buat si pemakai. Potongan bermotifkan kipas di bahagian dada busana turut menonjolkan aura kreatif dalam penampilan penyanyi terkenal ini.

SKIP THIS AD ×