berita

Ex Boyfriend Dakwa Penyampai Radio Popular Kaki Syabu, Skandal Suami Orang! Siapakah?

July 3rd, 2017 | by Wan
Kini Trending

Ketika ini viral di media sosial kisah seorang penyampai radio wanita yang dikatakan kaki syabu dan tidak mengenang budi apabila enggan menyerahkan rumah miliknya.

Status yang dimuatnaik oleh lelaki terbabit di akaun Facebook miliknya itu bagaimanapun didakwa sudah dipadam namun netizen sempat mengambil gambar. Siapa penyampai radio tersebut? Kami pun tak tahu! Cuma katanya sekarang dah tak jadi deejay dan beralih ke bidang lain.

Tumpang rumah

Lelaki tersebut mendakwa penyampai radio wanita itu meminta bantuan daripadanya pada 2008 selepas bapa saudaranya di Kelana Jaya menghalaunya keluar dari rumah.

Akibat kesian dengan situasi tersebut, lelaki itu dan ibunya yang sedang sakit bersetuju membenarkan wanita berkenaan tinggal bersama mereka pada 2010.

Setahun berlalu, lelaki berkenaan membeli sebuah kondominium dengan menggunakan wang simpanannya dan menamakan wanita tersebut sebagai pemilik rumah itu.

Tak mahu serah rumah

Menurutnya, walaupun sudah menjalinkan hubungan dengan wanita lain pada 2012, lelaki tersebut masih membenarkan wanita berkenaan tinggal di kondominium berkenaan secara percuma.

Bimbang dengan keadaan wanita berkenaan yang terlibat dengan najis dadah, dia mahukan rumah tersebut kembali namun tawarannya enggan diterima wanita terbabit.

Lelaki tersebut terus membayar rumah yang bernilai hampir RM600,000 tersebut kepada bank tanpa gagal dan tiada langsung bantuan daripada wanita itu.

Wanita tersebut nekad tidak mahu mengembalikan rumah tersebut dan mendakwa itu adalah hartanya. Lelaki tersebut mendakwa sudah beberapa kali menghubungi wanita tersebut namun gagal.

Sumber : Mynewshub

SKIP THIS AD ×