berita

Excited Nak Mengundi? Ini Lebih 10 Rancangan Khas Anda Boleh Tonton Sepanjang PRU14

April 19th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Kami yakin pasti ada di antara korang semua yang berdebar-debar menunggu hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 nanti. Jika dilihat kepada situasi semasa baik di media cetak mahupun media sosial, nampaknya semua dah tak sabar nak mengundi!

Namun, sebelum korang semua membuang undi, ada beberapa perkara yang korang semua perlu tahu mengenai PRU14 kali ini. Sebagai contoh siapakah calon yang akan bertanding, apakah manifesto mereka dan bagaimana proses PRU kali ini. Jadi bila orang tanya, tak ada lah korang blur je. Dekat mana nak dapatkan semua info-info ini?

Sempena PRU14, Media Prima Berhad menerusi rangkaian televisyen TV3, TV9, ntv7, dan 8TV bakal tampil dengan beberapa rancangan khas yang akan menyalurkan info-info terkini, tepat dan penuh informasi tentang PRU14. Program-program ini korang boleh tonton sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian dan keputusan PRU14.

Hari penamaan calon sehingga menjelang hari pengundian

1. Penamaan Calon

Nak mengundi nanti mestilah korang nak tahu siapa wakil rakyat yang mewakili kawasan korang nanti kan? Jadi rancangan khas penamaaan calon selama 3 jam ini korang wajib tonton pada 28 April 2018 di TV3. Dalam program ini, korang boleh mendapatkan info mengenai calon PRU, membincangkan proses PRU, kerusi panas, SPR, PDRM dan sebagainya.

2. Mandat 

Merupakan antara program luar biasa yang akan di hos kan oleh beberapa pengacara terkenal antaranya ialah Izwan Azir Saleh, Norzie Pak Wan Chek, Azaria Tagaya dan Mior Malek. Dalam program ini hos akan menjemput beberapa tetamu di studio untuk menangani setiap isu, kebimbangan dan pertanyaan orang ramai mengenai PRU.

Mandat juga akan bersiaran secara langsung setiap hari pada 28 April 2018 sehingga 8 Mei 2018 selama satu jam bermula 9 malam sehingga 10 malam di TV3.  Program ini turut akan memaparkan semula VT playback dan lipatan langsung dari negeri-negeri di Malaysia. Antara topik yang bakal dibincangkan bersama panel jemputan adalah:

  • Mencari Mandat Baru
  • Pertembungan Calon-calon BN dan Parti-parti Pembangkang
  • Kekuatan Calon. Menterjemahkan Calon
  • Menambat Hati Pengundi
  • Pengaruh Sabah dan Sarawak dalam PRU14
  • Mempengaruhi Belia Untuk Mengundi
  • Mandat Baru Untuk Rakyat
  • Menangani Hari Mengundi
  • Analisis PRU14

3. Dakwat Di Jari 

Dakwat di Jari merupakan rancangan khas buat wanita bagi membincangkan mengenai peranan, tanggungjawab dan penglibatan wanita serta bagaimana mereka boleh mempengaruhi. Antara topik menarik ialah:

  • Berita palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan
  • Ikon wanita dalam politik
  • Apa pengundi mahu
  • Psikologi dan emosi pengundi wanita
  • Kedudukan wanita dalam Kabinet
  • Wanita tak lupa janji
  • Pengaruh wanita dalam PRU14
  • Proses pilihanraya bersama SPR

Bersiaran selama 15 episod selama satu jam bermula 28 April 2018 sehingga 8 Mei 2018, rakyat Malaysia boleh menonton program ini pada jam 5 petang sehingga 6 petang. Dakwat Di Jari akan dikendalikan oleh Hawa Rizwana dan Mas Zharif Aziz Desa di TV9.

4. View Point

Rancangan ini membincangkan adegan politik setempat yang berkaitan selama setengah jam bersempena PRU-14. Dihoskan oleh wartawan terkenal dan akan menampilkan tetamu profesional yang mempunyai latar belakang berkaitan dengan topik yang bakal dibincangkan. Hos untuk rancangan ini adalah Raymond Goh dan Azleena Najri.

View point bakal bersiaran setiap hari bermula 28 April 2018 sehingga 8 Mei 2018. Program selama 30 minit dapat ditonton jam 10.30 malam sehingga 11 malam di ntv7.

 

Hari Pengundian ( 9 Mei 2018)

1. Terkini Khas 

Rancangan khas ini akan mengemas kini secara langsung semasa proses pengundian berlangsung iaitu pada 9 Mei 2018 di TV3. Rancangan ini akan berlangsung seawal 7.30 pagi sehingga 5 petang pada 10 minit setiap jam. Korang di rumah tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan bagaimana suasana hari pengundian berlangsung.

2. Mandat Malaysia 

Mandat Malaysia pula akan mempamerkan rekap dan analisa sepanjang hari pilihan raya berlangsung . Dari sini, penonton boleh melihat beberapa info dibuat oleh pakar analisis politik. Rancangan ini dapat ditonton pada jam 6 petang sehingga 8 malam diikuti keputusan pilihan pilihan raya umum bermula pukul 8 malam sehingga penubuhan kerajaan penggal baru.

Mandat Malaysia akan dihoskan oleh Izwan Azir Saleh, Norzie Pak Wan Chek, Mior Malek dan Azariya Tagaya di TV3.

3. Keputusan PRU 14

Di TV9 juga bakal menyiarkan dua program sepanjang hari pengundian iaitu pda hari Rabu, 9 Mei 2018. Keputusan PRU 14 akan disiarkan bermula 8 malam sehingga pemilihan kerajaan yang bakal memimpin Malaysia untuk penggal seterusnya. Program ini dikemudi oleh nama-nama besar dalam industri penyiaran seperti Fedtri Yahya, Tunku Nashrul Abaidah, Aur Afizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob dan Hawa Rizwana.

4. Detik Ini

Sama seperti rancangan TV3, rancangan ini turut mengemas kini setiap jam pada hari Pilihan Raya sehingga kerajaan baru terbentuk. Bermula 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

5. Malaysia Votes

Sepanjang hari pengundian, penonton ntv7 boleh mendapatkan perkembangan terkini proses pengundian setiap jam bermula 9 pagi hingga 6 petang. Malaysia votes yang bersiaran secara langsung pada hari pengundian dikendalikan oleh Raymond Goh, Azleena Najri dan Sabrina Zainal bermula jam 8 malam membawakan keputusan terkini proses undian seterusnya pengumuman rasmi kerajaan.

6. General Election Polling Result Special Live di 8TV

8TV akan membawa liputan langsung pada Pilihan Hari Raya melalui 8TV Mandarin News “Umum Pilihan Raya-14 Khas’ bermula dari jam 7.30 malam hingga kerajaan baru dibentuk.

Khusus buat penonton bangsa cina yang ingin mengetahui keputusan pilihan raya, 8TV turut menyiarkan secara langsung dalam bahasa Mandarin membawakan berita terkini selama dua minit pada jam 10.28 pagi, 11.28 pagi. 1.58 petang. 2.58 petang 3.58 petang, 4.58 petang dan 5.58 petang. Rancangan ini akan diterajui oleh Too Wen Jye, Chew Siew Yeong, Tan Chia Yong, Ong Ching Yee, Soh Chin Chuan dan Liew Li Li.

NX Digital

Khas buat golongan muda yang baru pertama kali mengundi tahun ini, NX Digital menyajikan program Zoom In PRU-14 yang mengetengahkan beberapa topik panas dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin. Hos bagi program ini ialah Saberi Andul Malek, Mohamad Shafiq Adnan dan Hos Jemputan, Ng Yeen Seen yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif serta Lim Teck Hoe, Timbalan Pengerusi Nilam.

Antara topik menarik yang akan dibincangkan ‘Mengapa Undi Anda Penting?’. Pada 9 Mei 2018. NX Digital akan membawakan program khas berjudul “Debaran PRU14” yang berbentuk breaking news pada jam 5,6, 7 petang dan 8 malam. Anda juga boleh ikuti slot ini secara langsung menerusi Live FB dan Youtube mynxdigital.

Portal ini turut perkenalkan ‘tab’ PRU14 yang akan memberi berita terkini pilihan raya. Menerusi ‘Jam Ini’, NX Digital menyajikan berita terkini selama 3 minit bermula 10 pagi, 11 pagi, 12 tengah hari dan jam 5 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain ini, NX NOW berbentuk bual bicara santai akan disiarkan dari Isnin hingga Khamis jam 3 petang dan pada Jumaat jam 4 petang. Di samping itu, MPD akan melancarkan MyUndi (www.myundi.com.my) sempena pilihan raya umum ke – 14. Portal MyUndi boleh dilayari di computer, telefon pintar dan tablet di mana sahaja anda berada di seluruh dunia

Selepas Pilihan Raya

Ini merupakan antara momen yang ditunggu buat semua rakyat Malaysia di mana keputusan selepas PRU-14 akhirnya diumumkan. Kesemua rancangan TV akan membuat siaran langsung yang sama. Perdana Menteri yang baru akan membuat pengakuan sumpahan selepas PRU-14 berakhir.

Selamat menonton dan pergi mengundi!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×