berita

Explore Negara India Yang Penuh Tradisi, Sejarah & Seni Bina Unik Dari RM139 Sehala!

April 9th, 2018 | by Noraniza
Travelogue

Lord Shiva – the Lingaraj Temple

Sudah semestinya kaki travel tegar akan memastikan mereka dapat menjejakkan kaki at least sekali seumur hidup di negara penuh keunikan ini. Mana lagi kalau bukan ke India kan!

Apa yang best kat India? Apa yang uniknya? Nah, meh baca ni!

Wajib singgah sini!

White Tiger Safari

Bagi pencinta sejarah, pastikan korang singgah ke Bhubaneswar tau. Ada beberapa temple dengan seni bina unik seperti Sun Temple kat Konark, Buddhist Circuit of Ratnagiri, Udaygiri dan Lalitgiri. Kemudian, korang boleh berkunjung ke Nandakanan Zoo Botanical Garden yang terkenal dengan ‘White Tiger Safari’.

Araku Valley

Bagaimana pula dengan Visakhapatnam? Ha, untuk pengetahuan korang, Visakhapatnam adalah bandar industrial. Tetapi mampu menarik perhatian pelancong dek kerana kecantikan pantainya, taman- taman yang dijaga rapi dan keindahan pemandangan seperti di Araku Valley.

Tiruchirappalli Rock Fort

Lebih dikenali sebagai bandar ‘Trichy’, Tiruchirappalli adalah bandar paling tua di Tamil Nadu! Bandar ini sangat terkenal dengan permata tiruan dan daun tembakau. Jadi, di sini adalah destinasi yang terbaik untuk korang melihat keunikan kuil, monumen, pembangunan syarikat pembuatan dan perindustrian.

Charminar

Apa pula yang best di Hyderabad? Korang boleh berkunjung ke Charminar, Golkonda dan Ramoji Film City!  Selain itu, antara bandar yang menjadi tarikan utama di India ialah Chennai, Kochi, Bengaluru, Tiruchirappalli dan Kolkata.

Apa yang korang boleh buat!?

Seperti yang kami beritahu tadi, ramai orang gemar travel ke India kerana sukakan tradisi, sejarah dan keunikan seni bina bangunan di sini. Mana taknya, kebanyakan bangunan di sini sudah tersergam indah sejak berkurun lamanya…

Memang sesuatu yang menakjubkan, lebih-lebih lagi buat pencinta sejarah dan seni bina! Cantik kalau OOTD kat tempat ni…

Albert Hall Museum

Makanan best? Banyaaaak sangat yang perlu korang cuba!

Apa yang boleh kami simpulkan ialah makanan di India ni sedap, unik dan murah! Bayangkan korang boleh makan Nasi Beriani Lauk Ayam hanya dengan RM3.00 dan minum Chai Masala dengan 30 sen!

Selain tu, korang mesti kena rasa Gulap Jaamun, Lassi, Idli, Chole Bhature, Kati Roll, Dosa, Jalebi dan banyak lagilah! Boleh dikatakan street food di India ni memang sedap-sedap belaka. Malah, kebanyakannya pun halal!

Terbang ke India dari RM139* sehala dengan AirAsia

AirAsia kini menawarkan lebih 100 kali penerbangan seminggu ke 11 destinasi di India seperti Bhubaneswar, Visakhapatnam, Chennai, Kochi, Bengaluru, Tiruchirappalli, Hyderabad dan Kolkata dari RM139* sehala!

Macamana nak dapat harga semurah tu? Ha, korang hanya perlu booking menerusi laman sesawang AirAsia ni. Butiran lanjut seperti di bawah:

Tempoh penempahan: Sehingga 15 April 2018*

Tempoh perjalanan: Sehingga 30 September 2018*

*tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk travel dengan lebih mudah, jangan lupa guna Vidi Deals dan BigPay!

Buat pengetahuan korang, Vidi Deals ini adalah platform tempahan atas talian yang membolehkan korang untuk membuat tempahan untuk aktiviti on-ground. Contohnya ialah seperti local tours, taman tema, tempat-tempat menarik dan macam-macam lagi.

Di Vidi Deals ini, terdapat lebih 13,000 aktiviti sewaktu travel yang korang boleh pilih! Macamana nak buat eh?  Ha, korang boleh log on menerusi deals.airasia.com !

Jangan lupa letak promo code SPICES20 dan dapatkan 20% diskaun bila menempah aktiviti korang menerusi Vidi Deals!

BigPay ni apa pula? BigPay adalah sistem cashless terbaru di mana korang hanya memerlukan mobile app dengan kad yang didaftarkan untuk penjimatan yang lebih ketika travel!

Kenapa kami cakap penjimatan lebih? Sebab korang akan mendapat kadar tukaran mata wang yang sebenar tanpa caj ekstra. Malah, korang boleh menikmati diskaun untuk pre-booked meals dan bagasi menerusi airasia.com dan juga memperolehi BIG points setiap hari menerusi transaksi tempatan dan antarabangsa!

Caranya amat mudah! Hanya perlu muat turun BigPay app dan daftar sekarang!

Apa lagi, jom travel dengan senang hati! Yass!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×