
Pelakon Eyra Hazali terpaksa membawa ketiga-tiga anak lelakinya menggunakan tandas wanita apabila berada di tempat awam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Masih Tak Faham ‘Off-Side’, Suami Tak Jemu ‘Explain’ Setiap Tahun – ‘Dah Enam Tahun Kahwin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tonsil Bengkak Sampai Ganggu Pernafasan, Anak Eyra Hazali Selamat Jalani Pembedahan – ‘Doakan Endra Cepat Sembuh’
Tandas awam wanita

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Eyra atau nama lengkap Hazirah Qasdina Hazali memaklumkan dirinya kini dalam situasi perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suami.
Susulan itu, Eyra memahami segelintir masyarakat rasa kurang senang melihat kanak-kanak lelaki memasuki tandas awam wanita.
Saya ada tiga anak lelaki dan PJJ dengan suami. Nak tak nak kalau keluar pergi pusat beli-belah atau mana-mana tanpa suami, memang kena bawa mereka ke tandas sekali.
Eyra dah ajar, masuk tandas wanita, mereka kena tutup mata atau menghadap peluk saya sambil tutup mata sebab saya tahu ada yang tak selesa walaupun mereka masih kecil.
Pilih tandas keluarga

Dalam pada itu, Eyra memilih pusat membeli-belah yang memiliki kemudahan tandas buat kanak-kanak agar tidak menyusahkan mana-mana pengguna tandas wanita.
Selalunya saya akan pergi ke pusat beli-belah yang ada tandas kanak-kanak.
Kadang-kadang kita kena faham sisi orang lain juga ya para ibu.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qalish, 5, Muhammad Hedra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar, 1.
Sumber: Threads @eyra.hazali








