
Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki dan peluang untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarganya.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Berbunga-Bunga Cari Baju ‘Anniversary Date’, Mesej Romantis Haziq Bikin Netizen ‘Blushing’ – ‘Okay Nak Lipat Bumi’
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Tak Halang Anak Jadi Artis – ‘Saya & Suami Hanya Mahu Yang Terbaik, Asalkan Mereka Minat’
Eyra & keluarga tunai umrah
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 26 menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, yang memaparkan momen dia bersama keluarga di lapangan terbang sebelum berangkat.
Pelakon drama Mr Grey ini juga bersyukur kerana berkesempatan membawa bersama kedua ibu bapanya, adik serta anak sulungnya, Hayder.
Rezeki paling mewah sekali dapat berangkat ke tanah suci bersama mak ayah Eyra, adik Eyra dan my Hayder.
Dalam hantaran yang sama, Eyra turut merakamkan penghargaan buat suaminya, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli, atas keizinan yang diberikan.
Terima kasih sayang izinkan kami. Terima kasih family yang datang hantar kami.
Dalam pada itu, Eyra dengan rendah hati memohon doa daripada orang ramai agar urusan ibadah mereka dipermudah selain turut memohon kemaafan atas segala khilaf.
Dengan penuh rendah hati, Eyra memohon doa daripada semua agar urusan umrah kami berjalan lancar.
Eyra turut memohon maaf atas segala kesilapan Eyra jika ada menyakiti sesiapa sama ada sengaja ataupun tidak.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian pengikut dan rakan artis yang rata-rata membanjiri ruangan komen dengan doa agar Eyra dan keluarganya mendapat umrah yang mabrur.
Sumber: Instagram Eyra Hazali