

Penyanyi Ezad Lazim akui risau dengan risiko perubahan suara jika menjalani pembedahan yang berpunca daripada masalah resdung teruk.
Artikel Berkaitan: Ezad Lazim Pernah Kena ‘Scam’- ‘Ingatkan Kena Buat Show Sekali Dia Ajak Jalan-Jalan Pusing Kampung’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Balik Cepat, Rumah Naik Air’ – Ezad Lazim Bergegas Pulang Selepas Tamat Konsert All Stars Gegar Vaganza
Masalah resdung

Ketika ditemui OhBulan!, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 45, berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan resdung yang dihadapinya.
Ujarnya, kekangan masa merupakan punca pelantun lagu Demi Cinta itu menangguhkan proses pembedahan.
Alhamdulillah setakat ini saya tidak diduga dengan masalah kesihatan yang berat.
Haritu saya jumpa pakar, untuk dapatkan ubat resdung.
Sampai sekarang saya masih memerlukan ubat itu. Kita ada merancang untuk buat pembedahan.
Cuma tiada masa.
Kalau doktor pakar dah nasihatkan untuk buat pembedahan, saya terpaksa akur lah walaupun perlu berehat panjang.
Ezad berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.
Perubahan suara

Berkongsi lebih lanjut, Ezad akui risau dengan risiko yang bakal dihadapi setelah menjalani proses pembedahan sinus.
Bila saya tanya pakar, dia cakap tiada perubahan pada suara.
Tapi bila kita berbual sesama rakan, ada yang cakap risiko suara berubah itu tinggi.
Itu yang kadang-kadang buat saya berbelah bahagi.
Bagaimanapun, Ezad reda jika suaranya tidak lagi mampu menjadi sumber rezeki kerana percaya dengan perancangan tuhan buatnya.








