Pelakon, Ezaidi Aziz mendedahkan dia pernah ditawarkan wang dalam jumlah besar serta jawatan tinggi oleh seorang individu berpengaruh atau VVIP, namun tawaran itu disertai niat tersembunyi yang tidak bermoral.

Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Tolak Adegan Peluk & Angkat Pelakon Wanita

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Komen Tindakan Ahli Kelab ‘Challo’ Suka Tayang Badan – ‘Saya Tak Menghalalkan Yang Haram, Salah Tetap Salah’

VVIP ambil kesempatan?

Ezaidi, atau nama penuhnya Mohamad Ezaidi Abdul Aziz, 30, berkata situasi seperti itu bukanlah sesuatu yang asing dalam industri hiburan.

Saya rasa zaman sekarang perkara itu sudah dinormalisasikan, ada yang sudah kahwin pun lalui perkara sama.

Dari pengalaman saya sendiri di industri ini, bukan diganggu tapi lebih ditawarkan sesuatu yang lumayan daripada orang ternama dan berduit.

Mengimbas kembali detik berkenaan, Ezaidi menjelaskan individu tersebut pada awalnya mendekatinya dengan alasan tawaran pekerjaan, yang dilihat sebagai peluang baik untuk menambah sumber pendapatan.

Namun, situasi mula berubah apabila skop tugasan yang diberikan didakwa menyimpang daripada tujuan asal, termasuk permintaan untuk sentiasa menemani individu berkenaan ke mana sahaja seperti diajak pulang ke rumah.

Dia menggunakan alasan tawaran berkerja, sebab itu saya masih muda lagi. Bila orang tawarkan jawatan tinggi saya fikir ia peluang cari duit lebih jadi saya pun terima.

Tapi bila tengok dia punya job scope itu lebih kepada macam tak kena, menyimpang dari tujuan asal. Tiba-tiba sampai kena ikut balik rumah. Cara dia cakap pun nampak lain, mula-mula profesional.

Lepas terima surat tawaran dan tandatangan, dia terus bagi wang tunai dalam jumlah besar. Tapi tak sampai beberapa hari saya berhenti, saya anggap ia sebagai satu pelajaran.

Ezaidi bagaimanapun menegaskan perkongsian itu bukan bertujuan membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan agar individu lain tidak terjerat dalam situasi sama.

Bukan nak buka buruk orang, tapi saya takut perkara ini terjadi dekat orang lain pula.