
Pelakon, Ezzanie Jasny menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya melakukan pembedahan kosmetik bagi mengubah bentuk wajah.
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Beli Kereta Lagi, ‘Angkat’ Mercedes-Benz
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Belum Bersedia Nak Cari Pasangan Hidup, Mahu Fokus Diri & Kerjaya
Ezzanie tak ‘operate’ muka
Menerusi Threads, pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkongsi bahawa dia hanya melakukan suntikan rejuran yang merupakan rawatan anti-penuaan.
Dalam masa yang sama, pelakon drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’ dengan tegas menekankan dia tidak pernah melakukan pembedahan seperti mana yang didakwa segelintir netizen.
Eh kita ini takde la cantik mana. Tapi kalau cakap saya buat muka, cucuk-cucuk ubah sana sini.
Maaf cakap, saya tak buat. Cucuk rejuran ada lah, siap awak ya fitnah kita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertahan Ezzanie dan meminta orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi tidak benar terhadap pelakon itu.
Malah, mereka juga memuji Ezzanie yang dianggap ‘natural beauty’.
Komen netizen

Sumber: Threads Ezzanie Jasny






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
