
Pelakon, Ezzanie Jasny memaklumkan dirinya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya.
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Hanya Ketawa Dakwaan Alami Culture Shock – ‘Saya Bukan Dari Kampung, Duduk Bandar’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Memang Dah Melampau, Ibu Bapa Saya Hidup Lagi’ – Ezzanie Jasny
Kemalangan jalan raya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), ibu bapa kepada pelakon berusia 26 tahun itu difahamkan dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun, keadaan Ezzanie masih dalam pemerhatian doktor ekoran kecederaan yang dialami di kepala.
Saya terlibat dalam kemalangan kereta bersama ibu bapa semalam.
Alhamdulillah mereka selamat.
Keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya, namun saya sedang berusaha untuk sembuh.
Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaannya.
Difahamkan, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu dijangka mengetahui perkembangan lanjut mengenai tahap kesihatannya pada pagi Isnin.
Selain itu, Ezzanie turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan tanpa kecederaan serius.
Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini.
Mohon doakan kami. Terima kasih.
Sumber: Instagram @ezzaniejasny






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
