berita

FABULOUSFINDS : Sebuah Set Produk Kecantikan

July 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

FABULOUSFINDS merupakan sebuah bekas yang mengandungi set kecantikan dan menawarkan perkhidmatan langganan secara bulanan ataupun tahunan. FABULOUSFINDS merupakan produk berasaskan langganan pertama di Malaysia dan ia menawarkan empat hingga lima sampel jenama kecantikan mewah dan berkualiti tinggi untuk para pelanggan sekitar Malaysia. Disamping itu, produk kecantikan mini ini turut dibungkus secara menarik dalam bekas yang mewah dan dihantar menerusi perkhidmatan courier ke alamat tetap di seluruh Malaysia.

Produk ini dikenali sebagai FABULOUSFINDS kerana pengasasnya ingin menampilkan perkhidmatan sebuah bekas kecantikan yang hebat buat semua pelanggan. Selain itu, produk ini turut mensasarkan pemberian perkhidmatan produk kecantikan terbaik buat pelanggannya dari bulan demi bulan.

Pada dasarnya, produk FABULOUSFINDS ini diilhamkan menerusi dua kepentingan pengguna iaitu Produk Kecantikan dan Komuniti.

Kepentingan Pengguna Sebagai Produk Kecantikan

Menerusi penemuan produk kecantikan yang terbaik di pasaran, produk FABULOUSFINDS akan memberikan perkhidmatan untuk menghantarnya terus kepada para pelanggan. Disamping itu, memandangkan kini terdapat begitu banyak jenama dan produk di pasaran, FABULOUSFINDS berusaha untuk menemukan yang terbaik dan ingin berkongsinya bersama pelanggannya. Barangan yang bakal ditawarkan mungkin berupa produk penjagaan kulit, badan, kuku, wangian, kosmetik atau penjagaan rambut.

Kepentingan Untuk Komuniti

Secara spesifiknya, produk FABULOUSFINDS ini amat mementingkan kemahuan wanita dan ia diaplikasikan melalui pemberian pertolongan untuk wanita dari golongan yang kurang bernasib baik. Ini kerana, setiap bekas bungkusan FABULOUSFINDS adalah dibungkus oleh wanita dari latarbelakang yang kurang bernasib baik dan menerusi pendapatan yang ditawarkan oleh FABULOUSFINDS, sedikit sebanyak ia turut membantu bagi memenuhi keperluan kewangan untuk golongan wanita sebegini.

Bagi Pelanggan Yang Ingin Melanggan Produk Ini, Ia Hanya Menerusi 3 Langkah Mudah Iaitu :

Langkah pertama, pelanggan haruslah membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk melanggannya secara bulanan. Seterusnya, untuk langkah kedua pelanggan akan menerima bekas kecantikan daripada FABULOUSFINDS setiap bulan menerusi perkhidmatan courier. Manakala untuk langkah terakhir, pelanggan digalakkan mencuba set kecantikan tersebut dan membuat ulasan untuk produk yang telah digunakan. Untuk keterangan lanjut berkaitan cara langganan produk FABULOUSFINDS, anda boleh layari websitenya di www.fabulousfinds.com.my.

Di sini pihak FABULOUSFINDS memberikan keistimewaan untuk membentangkan bekas pertama produk ini kepada para blogger yang telah dijemput khas untuk pelancaran eksklusif  FABULOUSFINDS pada 23 Jun 2012 (Sabtu) yang lepas di Delicious Cafe, Dua Residency, Jalan Tun Razak.

Memandangkan ini adalah produk pertama dari FABULOUSFINDS, maka pihaknya berbesar hati untuk mendedahkan kandungan yang terdapat di dalam bekas ini yang berupa sampel barangan mewah. Produk ini hanya berharga RM35 sebekas dan ia mengandungi sampel barangan mewah sehingga bernilai lebih RM150. Foto di atas merupakan sampel untuk set produk bulan Julai. Menarik bukan!

Untuk bekas yang berikutnya, kandungannya akan dirahsiakan sebagai kejutan untuk pelanggan, sehingga ia dihantar kepada pelanggan sendiri.

Walaupun ini adalah bekas untuk set produk bulan Julai, FABULOUSFINDS berbesar hati untuk berkongsinya terlebih awal dengan tetamu khas dan para blogger pada majlis pelancaran yang lepas.

Untuk bekas pertama bulan Julai, FABULOUSFINDS hanya mempunyai 200 bekas sahaja dan 20 bekas telah diberikan kepada blogger pada majlis pelancaran lepas. Maka hanya tinggal 180 bekas sahaja untuk dilanggan sekarang.

Kepada individu yang berminat untuk melanggan, anda boleh membuat langganan secara langsung di  www.fabulousfinds.com.my. Tarikh akhir membuat tempahan adalah pada 14 Julai 2012 dan pada 15 Julai 2012, tempahan akan dikirimkan kepada pelanggan secara courier.

Terdapat 2 Cara Langganan :

Pertama secara bulanan iaitu hanya RM35 sahaja sebulan dan membuat bayaran secara berterusan. Untuk pembatalan, anda boleh memberikan notis dalam masa 30 hari.

Untuk tahunan, ia hanya berharga RM420 dengan sekali bayar, dimana anda akan menerima satu bekas percuma pada bulan ke 13.

SKIP THIS AD ×