Pelakon meningkat naik, Fad Anuar mendedahkan dia ada menerima hantaran mesej (DM) daripada salah seorang pelakon filem ‘Bad Boys 4’ iaitu Dennis Greene McDonald menerusi Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Eman Manan Tidak Letak Had Umur, Berhasrat Mahu Berlakon Sampai Hujung Nyawa – ‘Karya Ini Tidak Melanggar Pantang Larang’
Minta latih silat
@ohbulanofficial Fad Anuar mendedahkan dia ada menerima hantaran mesej daripada salah seorang pelakon filem ‘Bad Boys 4’ iaitu Dennis Greene McDonald menerusi Instagram?#ohbulan #fyp #news #fadanuar #dennisgreene #badboys4 ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Fad Anuar, 34, berkata tujuan Dennis menghantar hantaran mesej tersebut adalah untuk meminta bantuannya mengajar seni mempertahankan diri bagi projek terbaharu yang akan dibintanginya dalam waktu terdekat.
Saya dapat DM daripada Dennis sekitar dua atau tiga minggu yang lalu. Mula-mula dia ‘follow’ saya lepas itu dia DM minta saya latih dia untuk projek terbaharu dia.
Saya terkejut juga sebab saya tak ‘follow’ dia pun tapi sekarang ini saya dah ‘follow’ dia balik. Itu pun sebab dia ‘follow’ saya dulu kalau tak, saya tak ‘follow’ dia.
Saya tanya juga macam mana dia boleh jumpa IG saya. Dia cakap sebenarnya tengah mencari seorang yang mahir dengan ‘martial arts’ untuk latih dia.
Waktu itu pula saya baru lepas selesai dengan filem ‘Geran’, dan dari situlah dia terjumpa video saya di IG.
Tambah Fad, dia kemudiannya mencadangkan Dennis untuk mempelajari seni silat bagi memartabatkan lagi seni mempertahankan diri itu di mata dunia.
Dia juga ingat saya berada di New York jadi dia ajak saya untuk berlatih bersama. Tapi saya cakap yang saya tak ada di sana, saya di Malaysia.
Saya pun ada terangkan dia Malaysia ini di mana dan sebagainya.
Jadi dia tanya bila boleh mula berlatih dan banyak bertanya saya tentang ‘martial art’ yang boleh dia belajar untuk watak bagi projek terbaharu dia.
Saya terus cadangkan dia untuk belajar tentang silat sebab kalau dia berjaya buat, dia akan jadi seorang pelakon berkulit gelap pertama di dunia yang melakukan seni mempertahankan diri itu.
Fad berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala filem ‘Pungut’ yang diadakan di GSC Mid Valley pada malam Rabu.
Harap boleh berlakon bersama
Dalam pada itu, Fad yang juga anak saudara kepada pelakon hebat Eman Manan berharap dia berpeluang untuk berlatih bersama Dennis dan dalam masa yang sama berpeluang untuk berlakon bersama.
Dia bersetuju dengan cadangan saya cuma sekarang ini dia perlu berbincang dulu dengan pengurus dia dan agak sibuk sikit dengan beberapa hal di sana.
Kalau ada rezeki saya, bolehlah saya melatih dia nanti. Saya sanggup untuk ke sana berlatih dengan dia. Mana tahu dapat berlakon satu ada dua babak. Berangan itu kan percuma?
Tambah Fad, dia juga berasa sangat terharu kerana bakat lakonannya mendapat perhatian ‘orang luar’.
Saya berasa sangat terharu sebenarnya sebab orang luar yang nampak dan seakan menghargai bakat saya.
Saya juga teruja sebab orang luar berminat nak tahu pasal adat dan budaya kita, orang kita kebanyakkannya tak nak pun.
Sekadar info, Fad Ucop bakal tampil menerusi filem ‘Pungut’ yang bakal ditayangkan bermula 29 Ogos akan datang di seluruh pawagam seluruh Malaysia.
Selain Fad, filem arahan Areel Abu Bakar ini turut dibintangi Aman Graseka, Ruzaidi Abdul Rahman, Megat Sharizal dan ramai lagi.