berita

Faham & Selami Hati Lelaki – Ini 6 Perkara Tentang Lelaki Yang Korang Kena Tahu

October 18th, 2019 | by FITRI JAMARI
Insiprasi

Kalau korang perasan, kat media sosial ramai nak up status pasal hati dan perasaan perempuan. Kononnya, lelaki ni tak memahami dan macam-macam lagilah. Tapi, korang yang perempuan tu dah cukup kenal ke lelaki? Pernah peduli pasal hati dan perasaan diorang?

Haa.. Kalau tak boleh jawab, apa kata korang ambik sikit masa untuk kenali makhluk bernama lelaki ni. Diorang pun ciptaan Tuhan yang ada hati dan perasaan tau. Bukan korang je.

1. Suka Berdiam Diri

Perempuan ni sifat dia sangat sinonim dengan suka meluahkan dari menyimpan. Namun, tak bagi seorang lelaki. Lelaki ni lebih suka simpan dan pendam kalau dia rasa benda tu tak mendatangkan faedah bila dia bercerita kat seseorang. Nampak lelaki ni macam kompleks, tapi tak pun sebenarnya.

2. Tidak Suka Dipaksa

Semua orang tak suka dipaksa, macam tu juga lelaki. Lelaki ni kalau dia nak bagitahu sesuatu, dia akan cakap. Kalau takde apa, diorang akan berdiam je. Simple as that!

So, kalau boyfriend korang diam dan nampak macam moody bila keluar, maksudnya dia memang takde apa nak cakap. Korang tak payahlah nak serabut otak ingat si dia marah atau merajuk okay!

3. Tidak Suka Dibeza-Bezakan

Bab ni korang kena take note! Lelaki memang pantang kalau dibandingkan dengan orang lain. Diorang akan rasa tercabar keperibadian dan karisma dia sebagai lelaki. Lagi-lagi, dengan orang yang dia tak suka. Korang jangan cari pasal ye!

4. Pentingkan Kejujuran

Macam perempuan, lelaki pun suka kejujuran. Kalau lelaki dapat tahu pasangannya suka bercerita hal peribadi dia dekat orang lain, kemungkinan besar dia akan tawar hati nak cerita lagi lepas ni.

5. Sukakan Sokongan

Lelaki ni fizikal je kuat tapi bab emosi dan perasaan dia adalah insan yang paling lemah kalau nak dibandingkan dengan perempuan. So, mereka perlukan banyak sokongan moral dari korang supaya dia terus bersemangat dan maju ke depan.

6. Mudah Terhibur

Lelaki memang takkan lari dari perkataan EGO. Kalau dengan orang lain, bukan main lagi control macho. Benda lawak pun tahan je. Tapi, kalau dengan pasangan, lawak hambar pun jadi kelakar habis. As long as kalau datang dari orang yang tersayang la.

Haaa.. Dah tahu kan apa yang terbuku dalam hati lelaki selama ni. So, lepas ni dah takde alasan konon tak tahu nak pujuk lelaki. Lelaki ni simple je sebenarnya tapi perempuan je suka rumitkan keadaan.

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

The following two tabs change content below.