berita

Faizal Tahir Bakal Gegarkan Hard Rock Cafe!

September 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

FT

Bersempena dengan kemunculan album terbarunya berjudul Faizal Tahir, penyanyi rock yang mempunyai aura tersendiri ini bakal menggegarkan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk mempromosikan album tersebut.

Penonton yang hadir ke persembahan Faizal Tahir pada 22 September 2013 nanti bakal dihiburkan dengan beberapa lagu popular dari album berkenaan termasuklah Vortex, Bintang, Biar dan banyak lagi.

Untuk makluman anda, Faizal Tahir memberikan kelainan pada album ketiganya ini apabila dia mengetengahkan genre Rock Electronic yang lebih menarik.

Menurut Faizal Tahir, showcase jelajah ini amat penting buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat yang sering memberi sokongan selama ini.

FT

Malah, penyanyi ini juga bakal mengadakan showcase yang sama di Hard Rock Cafe Singapore pada bulan November nanti.

Selain daripada memproosikan album terbaru saya di Hard Rock Cafe, saya juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya. Saya telah memberikan yang terbaik untuk album ini dan sekarang adalah masanya untuk menjadikan album tersebut diterima ramai.

Apa yang menariknya, band baru yang dianggotai oleh Tomok, Manifesto dikatakan akan membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Selain daripada itu, peminat juga berkesempatan membeli album berkenaan dengan harga istimewa sambil mendapatkan barangan eksklusif Faizal Tahir di showcase itu nanti.

Bagi yang berminat untuk menghadirkan diri ke showcase tersebut, anda kini boleh membeli tiket dengan harga RM60 berserta minuman sekali. Sila layari laman web Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.