Penyanyi Faizal Tahir berasa teruja apabila dapat membimbing dan menyaksikan sendiri seorang lelaki warganegara New Zealand memeluk Islam di sebuah kadang kuda yang terletak di Cameron Highland, Pahang.
Ajar mengucap kalimah syahadah
View this post on Instagram
Menurut Faizal, 43, ini adalah momen paling berharga yang diterima dari adiknya, Anas Tahir dan Hidayah Centre Foundation (HCF) pada Isnin lalu.
Kata pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir, lelaki tersebut merupakan pemilik kandang kuda yang sudah menyimpan hasrat selama 12 tahun untuk memeluk Islam.
Ini kali pertama saya diberi peluang oleh adik saya, Anas dan Hidayah Centre Foundation (HCF) untuk membimbing seorang saudara baharu memeluk Islam.
Ceritanya… pagi Isnin itu saya dapat mesej dari pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.
Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda berkenaan dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam.
Alhamdulillah dapat membimbingnya mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya.
Sebak tengok
Sebelum ini, pelantun lagu Ragaman ada berkongsi sebuah rakaman video dia mengajar mengucap kalimah syahadah di Instagram (IG).
Perkongsian tersebut telah menerima pujian daripada kalangan rakan artis dan peminat. Selain itu, wargamaya turut meluahkan rasa sebak serta berasa meremang sewaktu melihat momen indah tersebut.
Sumber: Instagram @faizal_tahir