berita

Faizal Tahir Tegur Netizen Diam Lebih Baik, Naim Daniel Tanya Tentang ‘Kezaliman’ Yang Meragut Nyawa

August 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi, Naim Daniel menerusi satu ciapan di Twitter bertanya kepada Faizal Tahir adakah tindakan berdiam diri daripada kezaliman merupakan ajaran Rasulullah.

Minta pencerahan daripada Faizal Tahir

Terdahulu, Faizal Tahir memuat naik satu ciapan menasihati netizen agar berdiam diri jika tiada perkara yang baik ingin dituturkan. Faizal dipercayai membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara ketika berdepan pandemik.

Sekiranya awak tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan tentang seseorang itu, maka jangan katakan apa-apa. Ini bukan ajaran Nabi kita yang dikasihi, ini bukan watak seorang islam. Hanya pengecut je yang tidak akan menunjukkan dirinya sambil membaling batu.

Walau bagaimanapun, Naim Daniel didakwa tidak bersetuju dengan ciapan berkenaan dan meminta untuk Faizal Tahir memberi pencerahan terhadap ciapan berkenaan.

Maaf abang sekadar bertanya. Tapi adakah berdiam dengan kezaliman yang meragut ribuan nyawa masyarakat merupakan satu ajaran dari Rasulullah?

Maaf abang. Sekadar meminta pencerahan sahaja.

Setakat ini, ciapan tersebut menerima hampir 5 ribu perkongsian dan lebih 6,100 tanda suka.

‘Maaf sekadar bertanya..’

Sumber : naimdanielx

SKIP THIS AD ×