berita

Faizal Tahir Tidak Mahu Masuk Anugerah Juara Lagu (AJL)

September 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan pihak Media Hiburan hari ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Samapi Syurga, Faizal Tahir dikatakan mahu berehat dan tidak mahu menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun ini.

Berita mengejutkan ini telah disampaikan oleh Faizal Tahir sendiri menerusi rancangan Muzik Muzik 27, pada 1 September lalu di TV3.

“Untuk tahun ini saya mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan atau mencalonkan lagu saya di Muzik Muzik kerana mahu berehat dahulu,” ujar Faizal.

Selain itu, Faizal Tahir turut memaklumkan bahawa keputusan ini telah lama difikirkan olehnya, iaitu sejak tahun lalu, sewaktu selesai AJL ke 26. Faizal turut menyatakan bahawa, dia sendiri tidak dapat jangkakan sampai bila dia ingin berehat daripada memasuki AJL.

Untuk makluman, sebelum ini Faizal Tahir pernah mempertaruhkan lagu Karma, Sampai Syurga dan Selamat Malam untuk pentas AJL. Namun begitu, rezeki masih belum berpihak kepadanya apabila dia gagal menyandang gelaran Juara Lagu.