berita

Famili Duo 3: ‘Mimpi Shila Tidak Ada Kena Mengena Dengan Saya, Hebat Netizen!’ – Sophia Albarakbah

October 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sophia Albarakbah

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah mencuri tumpuan apabila dilihat hadir ke konsert minggu kedua Famili Duo 3 (FD3).

Artikel Berkaitan: Raih 3.8 Juta Tontonan Pada Minggu Pertama, Famili Duo 2023 Kalahkan Semua Rancangan Hiburan Malam Ahad

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: ‘Kurang Seminggu Latihan & Pelbagai Rintangan Menduga, Tetap Bangga Dengan Adik Saya’ – Shila Amzah

‘No comment’

Sophia Albarakbah

Ketika ditemui OhBulan! Sophia atau nama sebenarnya Sophia Koshka berpendapat dia tidak perlu untuk memberikan sebarang komen mengenai perkara itu kerana langsung tidak ada kaitan dirinya.

Netizen tahu ya dia mimpi siapa. Hebat netizen kita.

Saya rasa tidak perlu komen tentang isu ini kerana tidak ada kena mengena dengan saya.

Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui di program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu menyatakan keterujaannya hadir ke konsert Famili Duo 3 buat kali pertama.

Akui Sophia, dia mengakui bahawa dirinya memang suka dan meminati dengan acara hiburan.

Ini pertama kali saya datang ke FD3 dan saya mahu melihat semua persembahan terlebih dahulu.

Selepas melihat kesemuanya baru saya tahu nak sokong peserta yang mana nanti. Saya memang minat acara hiburan, tetapi saya tidak boleh menyanyi.

Terdahulu, tularnya kisah yang mendakwa bermimpi seorang pelakon wanita mengganggu suaminya yang juga merupakan pempengaruh, Ubai MZ.

Selain Shila, FD3 turut menampilkan lima lagi pasangan duo lain iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Syarif dan Syaiful Zero, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Fuad Rahman dan Tom.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×