Siapa sangka, selepas 5 tahun meninggalkan Hot FM, Fara Fauzana kembali bertugas di stesen radio tersebut bagi melengkapkan trio pagi korang semua. Kejutan tersebut diumumkan oleh pihak stesen radio Hot FM hari ini.
Gandingan ‘Trio’ hebat
View this post on Instagram
Setelah melakukan perbincangan dan mendengar komen yang diberikan oleh para pendengar, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengekalkan gandingan AG dan Fad Bocey sebagai penyampai radio bagi slot pagi Hot FM. Bukan itu sahaja, pendengar dan dua orang penyampai radio itu turut dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita ke konti Hot FM yang diperkenalkan sebagai penyampai radio yang ketiga selain Fad dan AG. Siapa sangka, suara emas Fara Fauzana bakal berkumandang di corong radio tersebut setiap pagi selepas ini.
Berserilah Hot FM setiap pagi
Menjengah di ruangan komen siaran langsung Hot FM Live di laman YouTube, rata-rata pendengar meluahkan rasa gembira dan teruja apabila Fara yang juga dikenali sebagai Fafau kembali menggalas tugas sebagai penyampai radio. Untuk pengetahuan korang, Fara sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri sekitar 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.
Sumber: Hot FM