Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil memberikan reaksi terhadap kenyataan daripada rakan suaminya dan juga aktor Iqram Dinzly berhubung pergolakan rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: Iqram Dinzly Nasihat Fara Salleh Solat Taubat & Istikarah, Minta Petunjuk Allah SWT
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’
Penjelasan Fara
Menerusi hantaran yang baru dimuat naik sebentar tadi di Instagram Story, Fara menegaskan bahawa tapak jualan di sebuah pesta makanan yang mereka hadiri sebelum ini adalah milik Shuk dan seorang lagi rakan niaga.
Justeru itu, Fara bertindak menghalau rakan Shuk yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai.
Untuk mamat Jawa Klang, yang kau menempel tu booth kerabu as your mention dan booth tu tak ada kena mengana dengan kau.
Itu booth laki aku kongsi dengan partner dia. Sebab tu aku halau kau yang suka menempel situ!
Sekarang kau nampakkan kawan-kawan ni semak!
Dalam masa yang sama, Fara juga menyelar tindakan Iqram yang tampil mempertahankan Shuk.
Untuk Iqram! Jauhkan diri dari kami. Kau geram macam mana pun kau tak ada hak nak masuk campur.
Kenapa kawan lain okay, kau semak? This group i mentioned before!
Stop here and done.
Sebelum ini, Ridzuan mendakwa Fara berang dengan beberapa rakan Shuk yang dikatakan telah ‘membahannya’ sewaktu mereka sedang berniaga di sebuah tapak jualan pesta makanan.
Manakala, Iqram meluahkan rasa simpati terhadap Shuk yang sedang diuji dengan pergolakan rumah tangga.
Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak menerusi aplikasi Threads.
Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.
Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.
Sumber: IG Fara Salleh