berita

Farah Lee Tamat Zaman Ibu Tunggal, #GoodluckFuad Untuk Suami

January 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Aktivis dan personaliti media sosial Farah Lee memaklumkan dia sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

Artikel Berkaitan: Empat Tahun Urus Emosi Anak Sebagai Ibu Tunggal, Farah Lee Kongsi Suka Duka Besarkan Maream

Kahwin lagi sekali

Menerusi perkongsian di Instagram, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli memberitahu dia sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dikenali sebagai Fuad pada Jumaat lalu. Menerusi pemerhatian OhBulan! Farah tidak menyatakan secara lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

Okay done kahwin lagi sekali, 5 Januari 2024.

Farah yang memakai busana serba hitam itu turut meletakkan tanda pagar #goodluck Fuad bagi memberi gambaran untuk suaminya itu bersedia melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Farah dan suami.

Sumber: Farah Lee

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×